Assalamualaikum

6:15:00 PG

Alhamdulillah. Segala puja dan puji hanya layak bagiNya, Tuhan semesta alam.

Sekadar mukadimah pengenalan. Bukan untuk publisiti namun agar apa yang disampaikan dapat diterima dan segala kesalahan dapat ditegur juga. Saya merupakan mahasiswa di sebuah universitas di Indonesia dan baru saja berkelana di bumi Indonesia ini. Namun asalnya saya adalah dari Malaysia. Sebelum ini menuntut di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS).

Mohon agar blog ni bukanlah coretan nafsu tak menentu dan sekadar ikut-ikut. Kalau di lihat kini banyak betul blog, ada yang dalam bentuk diari, catatan harian, dan pelbagai lagi. Saya juga pening apa yg perlu ada dlm blog ini agar apa yg dibawakan dapat direnungkan semua. Insya Allah apa yg saya bawakan dlm blog ada manfaat untuk dikongsi bersama.

Insya Allah.

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”