Hasil vs Usaha

11:34:00 PG

Alhamdulillah, ana diberi kesempatan lagi untuk mencoretkan lagi sedikit pedoman untuk diri ana terutamanya dan sampaikan sedikit yang ana dapat kepada teman-teman sekalian. Ana kronologinya seringkas mungkin namun insya Allah intinya tidak terpisah dari apa yang hendak disampaikan.

Hari ini seperti sebelumnya, ana akan berbuka puasa bersama teman-teman serumah. Di Jakarta ni waktu berbukanya lebih kurang pukul 6 lebih. Risau juga ketika mula-mula datang di sini sebab telah terbiasa dengan waktu solat di Malaysia. Takut nikmat ni ditarik akibat diri yang alpa. Nikmat bersolat, menghadap Ilahi, bersyukur atas segalanya, memohon ampun bagi setiap masa dan memiliki hati yang taat pada al-Khaliq.

Sesudah itu tunaikan solat maghrib dan berangkat ke masjid bersama teman-teman. Bagi masjid tempat ana solat, solat terawikh dilakukan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam. Dan setiap malam akan di adakan sedikit tazkirah seusai rakaat kelapan. Jika sebelum ini, ketika tazkirah, mata ana akan berbunga dengan sakinah. Tenang je mata ini lelap walaupun ilmu mencurah-curah disampaikan oleh al-ustadz. Lalai betul diri ana ni. Penat yang sedikitpun tak boleh tahan. Tapi nafsu yang menggoda tak cuba pula ana tahan. Astaghfirullah. Pada awalnya ana merancang untuk pulang awal tanpa mengikuti majlis ilmu tersebut. Tapi ntah la dari mana timbul rasa rugi kalau tak ikut majlis ilmu pada malam tersebut.

Alhamdulillah malam tersebut mata ni tak dikuasai nafsu untuk mengorak diri ini kealam mimpi. Dan apa yang ana tertarik dengan isi ceramah ustadz tersebut ialah puisi yang dibawanya. Ana selitkan sedikit dan ada yang ditokok tambah.


Ketika aku kecil,

Aku berada dalam khayalan yang luas,

Ketika itu imaginasi aku tanpa batas,

Aku bebas mengidamkan apa saja,

Aku mengidamkan untuk mengubah dunia ini,

Namun aku sedar aku tidak mampu,

Aku mengidamkan untuk mengubah Negara ku ini,

Namun aku juga tidak mampu,

Aku mengidamkan untuk mengubah bandar ku ini,

Namun, hal itu juga luar jangkauan aku,

Aku mengimpikan mengubah isteri dan anak-anakku,

Namun aku lemah untuk membuatkan mereka taat padaku,

Akhirnya aku mengimpikan mengubah diri ku sendiri,

Namun kini aku di perbaringan,aku tak kuat untuk berubah,

Aku mulai sedar, bahwa diri yang kerdil ini,

Takkan mampu mengubah yang dihadapan andai yang ditangan,

Belum mampu diubah..

Segalanya bermula pada diriku sendiri..

Apa yang tersirat dalam hati tercermin pada peribadi,

Ayuh para daie’ sekalian,

Betulkan yang biasa,

Biasakan yang betul..

Insya Allah..



Dalam berdakwah, kita tersalah hingga mementingkan hasil dari usaha. Kita impikan dunia dengan sinaran akidah tanpa pemesongan, kita impikan apa yang kita usahakan akan terhasil sepenuhnya, kita impikan hamba Allah tersebut akan berubah, namun terkadang hasilnya tidak seperti yang dijangka. Kita mulai lemah untuk terus berdakwah. Kita mulai rasa resah. Semangat kian luntur dan hati kian kabur. Ingatlah wahai diriku dan teman-temanku. Hidayah itu milik Allah. Ia datang dari Allah dan kepadanya juga berkuasa untuk mengambil kembali.

You Might Also Like

3 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”