Marhaban ya Ramadhan

6:58:00 PG



Alhamdulillah Ramadhan menjelma lagi.

Ahamdulillah diri yang lemah ini dapat merasai berada di bulan penuh tarbiyah ini. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan dapat dimanfaatkan dengan hati yang sentiasa beribadat pada Ilahi. Insya Allah.

Pertama kali diri ini dapat merasai menjalani ibadat puasa tika di rantauan. Di negeri orang, tentunya adat dan budayanya berbeda. Suasananyapun tidak semeriah di Malaysia. Namun diri ini perlu menjadi insan yang bersyukur kerna ditemukan dengan bulan yang mulia ini. Bulan yang mana, Rasulullah bersabda,

‘Ketika datang Ramadhan, dibukalah pintu syurga dan ditutuplah pintu neraka dan dibelengggulah syaitan’ (muttafaqun ‘alaih)

Insya Allah sama-sama kita tanamkan azam untuk dipertingkatkan amal ibadat dan disemai benih ketakwaan serta ketaatan. Jangan lupa untuk siram dengan usaha yang istiqamah pula. Nanti pohon yang disemai kian layu.

Peringatan buat diriku yang sering alpa,

Wahai engkau yang tidak cukup melakukan dosa pada (bulan) Rajab

Lalu engkau sambung kembali pada bulan Sya’ban

Telah datang bulan puasa kepadamu setelah keduanya

Janganlah engkau jadikan lagi bulan itu bulan dosa

Bacalah Al-Qur’an dan tasbih

Berapa banyak yang engkau kenal mereka yang berpuasa

Dari keluarga, tetangga dan saudara

Mereka telah dimusnahkan oleh kematian, menyisakan dirimu

Alangkah dekatnya yang sekarang dengan yang terdahulu


You Might Also Like

1 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”