Hari ni dalam hari-hari

1:33:00 PG



Rasanya lama juga tak update blog ni. Time ni mesti semua umat Islam tengah meraikan hari kemenangan. Beraya bersama keluarga tercinta, jumpa balik sanak saudara, ziarah jiran tetangga, dan macam-macam lagi aktiviti la. Paling kurangpun duk depan tv,tengok cerita (ni yang selalu buat parents marah, tengok tv je keje, ajak pi umah sedara semua tak nak). Rasanya raya ceria tak tanpa tv? Kita try tanya menteri la eh..

Kita : Pak menteri, apa pendapat pak tentang hal ni eh?

Pak Menteri : Apalah hari raya tanpa TV dan radio. (jawapan ni bukan direka, petikan dari utusan)


Bestkan jawapan dia? Jadi sebagai orang yang tak abih sekolah lagi ni, ana tak reti nak ulas. Apa yang beliau cakap tu mungkin ada benar dan ada salahnya. Tepuk dada,tanya iman (Dush,dush..iman, enta rasa ape?).

Petang tadi masa tengah boring guna laptop sahabat ana, try la tengok-tengok hal ehwal semasa. Ada la pulak ana tertengok video pasal Aspirasi dengan PMIUM. Saja nak tengok perkembangan politik bagi dunia mahasiswa. Kalau tengah free tu, try la search kat youtube eh. Satu pihak dilabel Pas,satu pihak lagi dilabel Umno. Tapi yang tak bestnya sebab ada satu video pasal pengakuan PMIUM (walaupun ana tak rasa ni pengakuan pihak terbabit). Cuma dalam video tu ada seorang saudara seakidah kita memberi penjelasan tentang ntah la. Sama ada dia komen tentang pihak PMIUM atau Islam. Cuma ana agak setuju dengan komen salah seorang hamba Allah kat bawah video tu. Dia tulis, semakin banyak cakap,makin nampak kebodohan diri sendiri. Lebih kurang macam ni la komen dia. Ana minta maaf sebab ana hanya mengingat isi yang disampaikan je,ayat dia tak ingat sangat. Sebagai orang luar, mungkin ana tak sesuai memberi tanggapan atau pendapat. Jadi lagi sekali, lepas antum semua tengok, tepuk dada, tanya iman (Dush,dush..iman, enta rasa ape?).

Malaysia sekarang dalam era perubahan. Segalanya umpama sedang memulakan suatu evolusi. Kestabilan politik Malaysia sedikit tergugat. Adakah sebab kayu-kayu yang membinanya dah reput, atau kayu-kayu tu jenis yang tiruan? Sebagai penerima biasiswa dari kerajaan ana rasa tidak berhak bagi ana untuk mengulas(tapi siapa kerja untuk siapa ni?pemimpin ke rakyat?). Cuma yang terlintas dalam fikiran ana, perlu ke ‘hak keistimewaan orang melayu’ wujud?. Mesti majoriti orang melayu akan mengatakan ianya ‘wajib’ diwujudkan. Tapi untuk apa ianya wujud. Untuk pertahankan hak orang melayu sahaja ke? Dan dimana kita letakkan hak golongan bukan berbangsa melayu? Bukan apa, ana risau kita ni sibuk memperjuangkan hak orang melayu sampai secara tak sedar, kita ni dah menegakkan prinsip assabiyah seperti zaman arab jahiliyah dulu. Apa kata kalau waktu Rasulullah dan sahabat, mereka berkobar-kobar perjuangkan prinsip hak keistimewaan orang Arab? Lagi dan lagi, tepuk dada, tanya iman (Dush,dush..iman, enta rasa ape?).

Setakat ni sahaja dari ana untuk kali ini. Apa yang ana katakan hanya dari insan yang kelulusannya taraf matrikulasi KPM. Jadi ana hanya melihat suatu isu dari pandangan ana yang terbatas ni. Tiada apa yang benar dari ana untuk dijadikan hujah, tapi banyak yang salah untuk diperbetulkan. Wallahu a’lam..Assalamualaikum! Salam Lebaran~

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”