Komunikasi dua hala part 2

10:35:00 PTG

sambungan dari post sebelum ni..

“Lama betul saya tunggu nak jawab. Tukang tulis ni pemalas betul la. Saya dah lama la jugak buat kerja ni. Dari kecik sampai besar, ni je yang saya tahu. Jaga kambing betul-betul. Pastikan semuanya bereh. Bagi makan cukup-cukup. Pastu simpan dalam kandang. Pasal dunia lain pun saya kurang arif. Orang lain duk sibuk kejar duit berjuta-juta, rumah besar-besar, kawan-kawan berfoya-foya, pangkat tinggi-tinggi. Tapi yang saya ada kat sini lagi besar dari diorang. Orang mungkin lihat saya ni lemah, miskin dan hina.” Kata-kata yang bermakna terpacul dari bibir Annas, lelaki arab dengan baju yang lusuh namun tetap kemas. Ada suatu yang tersimpan dalam kalbunya yang ingin dibicarakan.

“Kiranya ada suatu yang bermakna itu apa wahai orang budiman?” Pertanyaan lagi yang dibalas oleh Si Pemuda Siam tersebut. Mulutnya kagum hingga ternganga, hidungnya kembang, matanya bulat terjujul. Dasyat sungguh.

“Apakah yang dicari homo sapiens kat dunia ni? Jika kau inginkan wanita, nah diberikan wanita. Jika kau mahukan pangkat, harta, martabat..nah semua diberikan. Apalagi yang dimahukan? Tidak puaskah hidup dengan itu. Karena akhirnya, kebahagiaan juga yang ingin dimiliki. Apakah kebahagiaan dapat dibeli dengan semua yang ada di dunia ni? Elvis Presley yang sambutan hari kelahirannya disambut setiap tahun tetap memilih untuk menamatkan riwayatnya karena mencari kebahagiaan. Pelakon Joker, ditemui mati karena tiadanya bahagia hingga dia sukar untuk tidur. Banyak lagi yang Maha Kuasa dah tunjukkan pada kita tentang kebahagiaan ni. Terserah kepada kita melalui apa kebahagiaan tu nak kita capai.” Huh berpidato pula orang tua ni. Macam dah prepare je. Tapi ni macam sama dengan isi dalam taqlim pak Romi aritu je. Musykil..musykil..

“Ha’ah eh. Baru saya terfikir. Dulu saya ni boleh dikatakan bahagia. Tapi tu semua orang yang cakap. Bagi saya, harta saya je yang bahagia, tapi diri saya ni tertekan. Harta yang banyak buatkan saya bertambah risau. Saya risau orang lain akan ambik, saya risau harta tu akan hilang. Jadi saya upah body guard. Tapi saya susah nak percayakan sesiapa. Saya selalu fikir musuh saya ada kat mana-mana. Hidup jadi tak tenteram” Pengalaman hidup seorang siam.huhu.

“Betul tu. Carilah kebahagiaan pada yang Maha Kuasa. Dialah yang tau segenap isi hati kita. Dialah yang berhak memberi kebahagiaan dan dialah yang berhak mengambilnya. Ingatlah Allah disetiap masa. Insya Allah. Kita kalau nak beli barang elektronik, mesti ada modul panduan yang diberikan. Saudara tau modul panduan kehidupan?” Berteka teki pula Annas ni. Penulis boleh jawab tak? Mesti tak boleh kan.. Dah tau dah. Tak payah bagitau. (konon merajuk)

“Emm ape eh? Saya lahir-lahir tak keluar pun buku modul dengan saya. Ntah-ntah tertinggal dalam perut ummi saya.” Tanya orang siam ni.

“Maksud saya modul panduan yang datangnya dari Yang Maha Kuasa. Lupakah kita pada Al-Quran dan Assunnah? Bukan tu saja, Allah berikan pada kita contoh terbaik bagi umat manusia, Rasulullah saw. Ni saya selitkan firman Allah dalam surah al-Ra'd ayat 28 yang bermaksud "Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang". Macam-macam ada dalam modul panduan kita tu. Tingggal nak baca je..” Renung-renungkan dan selamat beramal.

Dah abih idea la. Nak sambung Homework Pak Radjiman..=p

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”