Komunikasi dua hala

9:25:00 PTG

Merapu hala karangan ana..saksikan tayangannya. The beginning~

Satu hari sedang enak dibuai alunan desiran alami padang pasir, seorang pengembala bernama Annas ternampak dari jauh bayangan homo sapien seolah-olah menuju kearahnya. Mungkin disangkanya fatamorgana melamunkan diri orang tersebut yang sedang sendirian melewati gersangnya tanah yang terik. Annas bersahaja. Tiada apa yang dirisaukan. Seharian tugasnya, memang banyak kerabat spesies homo sapiens yang melalui kawasan tersebut. Ada yang lagaknya hebat, tapi hatinya kecil. Baru disambar kicauan angin padang pasir, sudah gelisah. Merapu marahkan angin. Haha. Annas tersengih sendirian. Mungkin kisah itu baru dilaluinya. Tapi hatinya terluka. Kenapalah homo sapiens ni terlupa kakinya tetap ditanah walaupun kata-katanya melambung ke awangan. Silap-silap, jadi doa yang binasakan diri sendiri juga akhirnya. Pohon berduri tak pernah iklankan dirinya berduri. Tak ada masa nak buat kerja tu. Lagi elok dipanjang akarnya, usaha untuk hidup.

Hah, bayangan homo sapien tersebut semakin hampir. Kelibat yang tidak tahu identitinya. Apakah ia lelaki, perempuan, berumur, muda, hensem, kacak, cun, comel atau apa-apa selain itu. Itulah kita, penuh dengan ingin tahu yang membentuk andaian tentang persepsi yang masih kabur.

“Assalamualaikum syeikh! Duk sorang je kat tengah-tengah pasir ni?” Soal makhluk tersebut. Oh rupanya, ia lelaki, wajahnya pucat dan kegersangan akan kenikmatan minuman dan makanan yang segar.

“Waalaikumussalam. Aik hang ni macam nak ngurat cheq je? Memang la sorang-sorang je.” Jawab annas. Orang arab yang duk tengah-tengah padang pasir tapi reti cakap utara. Mungkin hari tu dia ikut kempen kat permatang pauh kot.

“Eh mengarut je pak syeikh ni. Saya ni asal dari Thailand. Tapi reti cakap melayu. Pak pun reti cakap melayu eh. Jadi kita ngomong dalam bahasa melayu je la. Saya sebenarnya sesat ni. Dah tiga hari tak tengok spesies homo sapien. Jadi nak tanya la kalau pak ada nak bagi aqua gratis ke. Ala kita seakidah. Apa nak kisah.” Kata pemuda yang lupa nak sebut nama dia. Susah betul nak cerita pasal budak ni. Lupe skrip la tu. Ish-ish.. Tapi entah kenapa la dia cakap campur melayu dengan Indonesia ni. Terpengaruh dengan sinetron Aqso dan Madinah la tu.

“Zaman sekarang ni mana ada yang percuma. Tapi sebab saya ni baik, nanti nak dekat asar kamu ikut saya pulang ya. Kita berjemaah di masjid nurul hikmah. Ba’ da asar baru kita taam sama-sama. Sementara ni jom la borak-borak dengan saya. Bosan dari tadi duduk dengan makhluk yang menjawab dengan satu perkataan je. Tak abih-abih mbeeekkkk je yang dia tahu” Annas menjelaskan panjang lebar. Tapi baru 60 patah perkataan je. Sesuai untuk memulakan tahap kedua dalam komunikasi, feed foward.

“Saya ikut je. Dah orang nak menolong. Macam pesan orang-orang yang dah lanjut usia, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Hehe. Berpuisi pula saya. Pak syeikh dah lama buat kerja ni? Maksud saya, jadi pengembala kambing biri-biri ni.” Sambung pemuda Thailand tersebut. Kat Thailandpun ada pesan orang-orang tua macam kat Malaysia eh. Harmonis betul dunia. Kita ada persamaan dan perbezaan. Tiada apa yang nak di ungkitkan. Rasa sayang hey!!(ni ada maksud bagi yang faham je)

“Eh dah panjang la dialog kita ni. Kita sambung nanti je la eh. Orang yang tulis tu dah penat la. Jumpa lagi!!” Eh macam mana orang arab ni tau pulak. Ok la. Kita sambung nanti. Selamat hari-hari~

You Might Also Like

1 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”