Sensitiviti kita?

3:32:00 PTG

Persoalan
Hanya sekadar pencetus persoalan. Kadang kala kita sering meletakkan perkara tersebut sebagai sensitif sedang ia bukanlah sepatutnya begitu. Seringkali apabila hadirnya kalangan-kalangan orang berpangkat tinggi namun hukum Allah tidak diambil peduli (maksudnya penjagaan batas-batas aurat), kita akan menjaga perkataan kita supaya tidak menyentuh sensitiviti mereka dengan tidak membicarakan mengenai hukum-hukum Allah khasnya berkaitan aurat. Pernah lihat tak dekat stesen Tv terutama Tv kerajaan ada isu-isu berkaitan aurat ini dibicarakan dihadapan menteri-menteri yang tak kisah tentang aurat mereka?Hmm..kalau adapun, boleh dikira dengan jari.

Isu ini hadir apabila banyak kalangan kita yang berkata,

"kesian la diorang, teraib nanti. kita kena jaga sesitiviti diorang jugak"

Walhal, dalam hal begini, siapa yang tidak sensitif? Kita ke atau mereka? Apakah seumur hidup mereka yang puluhan tahun tu tak menjumpai hukum yang diturunkan ribuan tahun dahulu? Sudah terang lagi bersuluh.


Tak Teraib ke mereka?
Isu ini adalah luar dari konteks penyampaian suatu sensitiviti. Kerana, isu yang di atas hanyalah menyentuh penyampaian yang berupa hukum Allah yang takut diwar-war terutama di hadapan khalayak orang berpangkat namun batas agama kurang dijaga. Sebagaimana hadith Nabi SAW:

Katakanlah yang benar itu walaupun ianya pahit! (Hadith riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya)

Oleh itu pardigma kita perlulah diubah. Bukan isu ini yang sensitif (isu bertudung), tapi orang tersebut yang tidak senstif. Berbalik kepada persoalan menjaga keaiban mereka, apa yang terbaik dalam berdakwah adalah sebagaimana yang ditunjukkan kepada Rasulullah. Penerapan konsep aqidah pada awalnya dan disusuli dengan yang seterusnya. Jika kita yang takut menyedarkan mereka, bila masa untuk mereka sedar? Yang haram dah dianggap halal kini. Apa yang tidak sesuai dengan hukum diterima tanpa ada persoalan. Malah, apabila orang yang mengamalkan Islam dengan sebenarnya dianggap feudal, jumud, tak ikut perkembangan zaman dan pelbagai lagi. Benarlah kata Rasulullah saw:

"Islam itu bermula secara dagang, ia akan kembali menjadi dagang sebagaimana ia telah bermula, maka beruntunglah orang-orang yang dagang itu"
(Riwayat Muslim, Ibn Majah, at-Tirmizi dan At-Tabrani. Ia telah diriwayatkan oleh Muslim tanpa tambahan:
Maka beruntunglah orang-orang yang dagang itu)

Jom jaga aurat!



Tafsirnya: “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup ‘aurat kamu, dan pakaian perhiasan. Dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.”

(Surah al-A‘raaf : ayat 26)





Tafsirnya: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang ‘aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

(Surah an-Nur: ayat 31)





Maksudnya: “Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! (Kepada siapakah) dari ‘aurat kami boleh kami perlihatkan dan (kepada siapa) kami hindarkan?”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Peliharalah ‘aurat kamu melainkan dari isteri kamu atau hamba sahaya perempuan kamu.”

Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana pula jika ada orang-orang berhimpun sebahagiannya dengan sebahagian yang lain?”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika kamu berupaya (membuat) seseorang tidak akan melihat ‘aurat kamu, maka janganlah orang itu melihatnya.”

Dia berkata: “Saya bertanya: “Bagaimana pula jika seseorang itu bersendirian?”

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Allah itu lebih berhak dimalui daripada manusia.”

(Hadis riwayat Abu Daud)



P/s: terima kasih kepada Ustaz Nasir (pensyarah kimia KMNS) kerana sering mengisi masa lapang kami dahulu dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat.

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”