Boikot untuk palestin

11:03:00 PTG









Boikot dan boikot secara istiqamah. Umat seharusnya, bersatu dalam hal ini. Usah fikir apa kesannya kita boikot ni, tapi fikirkan apa yang kita lakukan untuk saudara kita di Palestin. Insya Allah, dari usaha yang sekecil ini memberi impak yang sangat besar. Bukan saja dari segi kerugian Israel dan Amerika, tetapi dapat menjalinkan usaha satu hati di antara sesama muslim. Carilah produk buatan muslim dalam kehidupan seharian walaupun harga mahal sedikit. Ukhwah yang terbina dari hati yang bersatu lebih bermakna dari nilaian wang yang dilaburkan. Mungkin cadangan ini bersifat teoritikal sangat,tapi itulah seharusnya wujud. Kita bukan muslim ilusi, jadilah muslim realiti!

Insya Allah...
Insya Allah...
Insya Allah...


"Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatab mereka Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah, Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka."




. . (klik pada imej untuk pembesaran)

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”