Baru tahu apa tu PPSMI

11:56:00 PTG



Muqadimah

Untuk pelajar sains tulen,spm mereka akan ambil 10 subjek. Tujuh subjek dalam bahasa inggeris, yang tinggal 3 je bahasa melayu.

Persoalan

Adakah belajar guna bahasa melayu kita tidak akan maju?

Melalui sejarah, kita lihat bagaimana zaman renaissance (tak pasti ejaan). Mereka boleh jadi 'kiblat' kita sekarang ni dalam sudut ilmu pengetahuan. Macammana tu? Banyak penemuan-penemuan bangsa Arab dan Yunani yang mereka guna pakai dan alihkan kebahasa diorang. Mereka menterjemahkan kedalam bahasa diorang. Orang melayu tak boleh buat ni ke?

Baik la, mungkin tu takde makna sangat. Kita tengok Indonesia. Walaupun dari sudut kemajuan kita tengok diorang miskin. Tapi dari sudut ilmu dan bahasa, mereka lebih maju dari kita. Banyak buku-buku ilmiah yang mereka berjaya alih bahasakan. Bahkan bagi pengajian medik, pergigian dan yang orang kata standard-standard profesional, mereka berjaya lakukan dalam bahasa Indonesia. Pengajian ni diktiraf oleh kerajaan Malaysia. Dari segi kitab-kitab juga banyak yang terpaksa kita import dari sana. Kita tak buat ke?

Mungkin orang tak pandang Indonesia. Baiklah, macammana dengan negara Jepun yang dalam bidang teknologi sangat-sangat jauh berbanding dengan kita? Bahasa apa mereka gunakan?

Bagi pelajar sekolah bandar, isu PPSMI memang tak jadi masalah. Sebab banyak keluarga yang menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa pertama mereka. Tapi macammana pula pelajar luar bandar, kawasan kampung, hulu serawak, sabah, masyarakat orang asli?

Sasterawan dah membantah PPSMI dari sejak dari peringkat cadangan lagi. Tapi bila sekarang baru bergema suara mereka, ada yang cakap proses nak tukar balik ke bahasa melayu akan membazir wang. Sepatutnya tiada yang katakan macam tu, lebih-lebih lagi pak menteri. Mereka dah sebut lama dah.

p/s: Saya pelajar medik di Indonesia. Mereka bangga dengan bahasa diorang. Kita kat malaysia, baru maju sikit dah cakap bahasa melayu ni tak boleh maju.

**Hanya 'copy paste' salah satu post saya di forum berkaitan PPSMI. Tak sempat nak tulis yang lain. Cukuplah ni kot. Tak berat sangat. Kesian kat pimpinan kita duk menjawab.

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”