Pertanyaan seorang teman

7:51:00 PTG


RESOLUSI


“Ngapain cewek Malaysia semuanya pakei jilbab? Emang wajib atau peraturan?”

Rakan kelas bertanya. Patutpun dari tadi ligat je matanya melihat teman-teman dari Malaysia yang memakai tudung atau lebih sinonim sebagai jilbab dikalangan masyarakat Indonesia.

Terfikir sejenak, lantas lunaskan pertanyaannya.

“Jilbab itukan kewajiban untuk wanita muslim”, jawaban ringkas.

“Iya, gue tau. Gue juga muslim. Tapi ada muslim yang gak pakei jilbab jugakkan??”

Diri ni sekadar tersenyum dan mengangguk bersahaja. Dalam hati, bicara rakan kelas tadi terus disambung. Monolog sendirian menimbulkan seribu persoalan. Tuntasnya, biarkan sahaja. Sambung menghafal nama-nama tulang kerana kebetulan ketika tu adalah praktikum anatomi. Lihat otot-otot mayat dan tulang.

Di hari lain, seketika menelaah sambil menunggu peperiksaan bermula, persoalan persis muncul kembali.

“Lho sambut paskah gak?”, rakan kelas yang sama bertanya kembali.

“Hah? Paskah itu apa sih?”, saya bertanya kembali. Yang tersemat difikiran ni, paskah itukan perayaan agama Kristien.

“Ala, yang Kristen sambut tu. Lho gak ikut serta?”, jawaban yang membenarkan persepsi saya.

“Nggak”, jawaban ringkas. Dia pun paham. Sebagai orang Islam, kita dilarang mengikut perayaan keagamaan agama lain.

Barangsiapa di kalangan kaum muslimin yang menyerupai atau meniru perbuatan-perbuatan orang kafir,maka dia dikalangan mereka( orang-orang kafir)." (HR. Abu Daud,Al-Baihaqi,Ibnu Majah,Ahmad dan Ad-Daruquthni)

Teman tu menyambung, “Aku semuanya. Muslim aku, Kristen aku, Budha, semuanya aku turut serta.” Katanya sambil menghadiahkan sekuntum senyuman bermakna.

Inilah mungkin liberalisme dan pluralisme yang wujud dan kian membenih dalam masyarakat kita hari ni. Sewaktu mengambil subjek Agama ketika semester satu, salah satu subtopik yang dipelajari adalah pluralisme1. Prinsip yang dicipta dan diagungkan oleh kaum kafir dan cuba diselitkan dalam kehidupan umat Islam.

Suatu hal yang terkadang kita kurang menyedari bahawa liberlisme ini wujud dalam masyarakat kita adalah mengenai hubungan ataupun ikhtilat yang wujud antara lelaki dan perempuan. Apabila ibu bapa dengan mudah ‘merestui’ anaknya keluar dengan kekasih hati duniawi.

“Assalamualaikum pakcik”, kata Roslan.

“Wa’alaikum salam, haa datangpun kau. Tu Rosnah dah tunggu dah. Keluar la korang berdua. Tapi jangan buat benda tak elok pulak. Nanti apa pulak orang kata.” Jawab ayah Rosnah.

Drama-drama ini seakan-akan suatu yang benar. Ibu bapa merestui, lalu ianya halal. Adakah ianya begitu?

Ditambah lagi dengan Hari kekasih yang setiap tahun kunjung tiba dan mendapat sambutan hebat oleh syarikat-syarikat gergasi dari produk makanan hinggalah sektor penyiaran. Di pasaraya, akan muncul hidangan coklat-coklat berbentuk hati, restoran-restoran pula sibuk dengan promosi makan malam istimewa, televisyen pula rancak dengan ‘minggu cerita-cerita cinta’.

Pelbagai lagi yang boleh kita temui. Satu persatu tumbuh dan disemai istimewa.

Kerana itulah, dihujungnya, gejala kerosakan sahsiah dan akhlak muncul. Bertebaranlah spesies-spesies Benjamin Stephen2.

'Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.' Surah al-Ghaafir: 39

Wallahu ‘alam


RESOLUSI

Nota kaki

1. Salah satu maksudnya kewujudan satu pemikiran yang mengiktiraf bahawa semua agama adalah sama. Segala bentuk ibadat, aktiviti agama merupakan bentuk yang berbeza-beza. Jika umat Islam menunaikan ibadat dengan cara solat, penganut Buddha beribadat di kuil manakala penganut Kristian di gereja. Sumber : Klik sini

2. Salah seorang yang mendapat pendidikan agama Islam namun akhirnya murtad dan menyebarkan dakyah kuffar. Boleh lihat di youtube mengenai ucapannya dalam menyebarkan aqidah songsang.

3. Resolusi bertema Pemurnian Islam daripada Liberalisme dan Pluralisme pernah diadakan pada Muzakarah Ulama 2006. Rujuk : Klik sini

4. Pautan bertajuk Pluralisme - Keliru Atau Mengelirukan?. Sumber : Klik sini

5. Artikel disiapkan dan diterbitkan pada : Khamis, 16 April 2008.

You Might Also Like

2 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”