Kemanakah arah kita

8:50:00 PTG



Kerana artikel sebelum ini telat diterbitkan. Saya baru dapat tahu, pengajian pelajar matrikulasi untuk sesi 2009/2010 sudahpun dimulakan pada 11 Mei 2009 yang lalu. Akan diganti dengan sedikit catatan ringkas bagi lepasan Matrikulasi dan menunggu untuk langkah seterusnya ke Universiti pula. Juga kepada adik-adik lepasan SPM yang akan memasuki IPT samada diploma, asasi mahupun tahmidi.

Belajar dari kegagalan. Seringkali kalimah ini diulang dalam setiap perbatasan hidup kita. Dari SPM mahu ke IPT, Matrikulasi, dan seterusnya. Tapi seringkali, kita dengan sifat manusiawi ni alpa. Jadi perlulah selalu ingat mengingati.

Firman Allah SWT :

إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣


Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)
Surah al-Asr : Ayat 2 dan 3

Ketika mendapat keputusan SPM dahulu, apa yang saya fikirkan, saya perlu berubah. Kerana takdir Allah menentukan bahawa ketika itu, keputusan yang ada pada saya tidak melayakkan untuk memohon mana-mana biasiswa dan tawaran pengajian ke luar negara. Namun Alhamdulillah, segala-galanya milik Allah SWT. Tamat sahaja Matrikulasi, saya ditawarkan untuk ke negara seberang.


Begitulah kehidupan. Ada pasang surutnya. Ketika kita di atas, Allah uji kita dengan kesenangan, pujian, dan pelbagai lagi. Tika kita di bawah pula, Allah tetap menguji. Untuk apa kita di uji?


Rasulullah bersabda :

Sungguh Allah akan menguji kamu dengan berbagai cubaan, sebagaimana kamu menguji (membakar) emas dengan api. Ada orang yang keluar (dari ujian tersebut) seperti emas murni, orang itulah yang dilindungi Allah dari kejelekan; ada juga orang yang keluar seperti emas yang tidak murni, orang itu masih dipenuhi keraguan; dan terakhir ada orang yang keluar seperti emas hitam, orang itulah yang terkena fitnah (siksa).

(HR Al Hakim dalam al-Mustadrak dan dia menganggapnya shahih no 7878. Hadits ini diriwayatkan juga oleh ath-Thabrani dalam al-Mu’jam)


Ujian dari Allah untuk menguji rasa kehambaan yang ada pada diri kita. Adakah kita hanya berdoa menghadap Allah dikala kesusahan sahaja? Ataupun kita termasuk golongan hambanya yang bersabar dan bersyukur atas segala ujian dari Allah SWT.

Rasulullah bersabda :


“Menakjubkan urusan seorang mu’min, jika ia mendapatkan ni’mat maka ia bersyukur dan syukur itu sangat baik baginya. Dan jika ia ditimpa musibah maka ia bersabar dan sabar itu sangat baik baginya.” (HR Muslim & Tirmidzi)


Dalam setiap perjalanan yang kita lalui, bidang yang ceburi, jurusan yang kita ambil, insya Allah ada kejayaan padanya. Selama mana tiga prinsip ni kita pegang teguh:

Doa Usaha Tawakal

Dan yang paling penting, dalam setiap perbuatan kita, mulailah dengan niat semata-mata mencari keredhaan Allah SWT.


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.(HR Bukhari dan Muslim)

Penutupnya, amalkanlah doa ini :

رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرً۬ا كَمَا حَمَلۡتَهُ ۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ‌ۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآ‌ۚ أَنتَ مَوۡلَٮٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ


Maksudnya : Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.

Surah al-Baqarah : Ayat 286


Wallahu 'alam

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”