Pemimpin dan pengaruh

6:52:00 PG




Kisah 1 : Calvin Coolidge

Presiden Amerika Syarikat pada awal kurun ke-20, Calvin Coolidge merupakan seorang yang hebat berpidato namun dalam masa-masa lain, dia adalah seorang yang pendiam. Suatu hari, seorang tetamu telah datang dan bermalam di White House, atas jemputan Presiden sendiri.

Pagi hari keesokannya, dia bersama-sama Presiden bersarapan bersama. Oleh kerana tidak tahu tentang protokol, lantas diapun bersarapan dengan mengikut segala yang diperlakukan oleh Presiden tersebut. Presiden memulakan sarapan dengan menuangkan air susu kedalam cawan dan dikacaunya. Tetamu tersebut turut mengikutnya. Presiden seterusnya menuangkan air susu itu kedalam piringnya. Walaupun timbul kehairanan, tetamu teruskan juga mengikuti. Dan setelah itu, perbuatan Presiden mengejutkan dan mempersonakan tetamu. Dia mengambil piring yang berisi air susu tadi dan diletakkan di bawah meja untuk diberikan kepada kucing.





Kisah 2 : Ashaari Muhammad

Seorang pemimpin sebuah gerakan yang amat berpengaruh suatu ketika dahulu, Ashaari Muhammad, telah berjaya memikat ramai pengikut untuk berjuang bersama-samanya. Suatu ketika, Ashaari Muhammad dan beberapa pengikutnya mengadakan kuliah fardhu ‘ain di Sungai Pencala, berjaya menarik ribuan hadirin untuk turut serta. Semasa kuliah tersebut, rakaman video dijalankan bukan hanya difokuskan kepada Ashaari sahaja, namun turut fokus pada wajah-wajah hadirin yang turut serta.

Seusai kuliah, beliau bersama-sama dengan beberapa orang kanannya akan menonton kembali rakaman tersebut dan mengenal pasti hadirin yang terpegun dan tertarik dengan kuliahnya. Contohmya, melalui mimik muka. Mereka akan menyiasat dan mendapatkan maklumat orang tersebut dan pergi ke rumahnya.

Apabila tiba dirumah tersebut, Ashaari Muhammad akan memperkenalkan diri dan memohon izin untuk berehat sebentar dirumah orang tersebut. Peribadi yang ditonjolkan olehnya ketika itu pasti akan menarik minat orang yang kagum dengan penyampaian kuliahnya tersebut. Dia hanya tidur beralaskan lantai, dan menolak untuk tidur di tilam. Apabila makan dalam talam, beliau akan menghabiskan sisa-sisa temannya. Apabila digigit nyamuk, tidak pernah sekali-kali Ashaari menghalau nyamuk tersebut.





Kisah 3 : Tok Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

Tok Guru Nik Aziz merupakan ulama’ yang meneruskan kepimpinan salah sebuah parti politik berlandaskan Islam dan juga merupakan Menteri Besar Kelantan. Walaupun dalam suasana politik di Malaysia agak cenderung membedakan orang berdasarkan parti politiknya, keperibadian yang wujud pada diri Tok Guru membuat semua orang menyenanginya.

Untuk berjumpa dengan Tok Guru Nik Aziz, rakyat tidak perlu membuat temu janji dan boleh terus ke rumahnya tanpa ada protokol membebankan. Pernah suatu ketika, sekumpulan anak muda yang akan melanjutkan pengajian di luar negara datang untuk berjumpa dengannya untuk meminta nasihat dan panduan. Sampai sahaja dirumah Tok Guru, mereka terpegun, kerana ketika itu beliau sedang ada dibumbung rumah untuk membaiki bumbung rumahnya sendiri.

Pernah juga diceritakan, ketika menjadi tetamu di rumah Tok Guru Nik Aziz, mereka akan dijamu sendiri oleh beliau. Beliau yang akan mengangkat air minuman untuk tetamu. Dan pakaian yang dipakainya adalah seperti rakyat biasa.


**Kisah-kisah tersebut adalah petikan kuliah dari Ustaz Hasrizal (saifulislam) yang bertajuk, pemimpin dan pengaruh.

You Might Also Like

2 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”