Blog Untuk Diri

4:06:00 PG


Untuk apa kebanyakan dari kita ber'blogging'?

Dan bagi mereka yang menggelarkan diri sebagai daie, kenapa blog juga menjadi pilihan?

Sebelumnya, untuk menulis dalam erti kata menyampaikan suatu makna adalah mudah. Namun untuk menulis dan sekali gus memberi kesan pada pembaca, pastinya bukanlah suatu yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila kita yang menulis, diri sendiri pula yang tak terkesan. Itu pastinya lebih parah.

Dalam al-Quran Surah as-Saff, ayat 3, Allah memberi peringatan bagi hamba-hambanya. Peringatan tentang apa yang telah kita lakukan. Kita tulis, beritahu itu dan ini, tapi kita tidak kerjakan. Subhanallah.

كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

Amat besar kebencian di sisi Allah swt bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan


Pernah dalam halaqah, teman bangkitkan, boleh tak kita tegur orang sedangkan kita tak buat? Nak tegur dulu atau nak buat dulu? Pastinya suatu amal yang sukar untuk kita tentukan. Mana datang dahulu, terpulanglah pada fiqh al-awlawiyat yang ada dalam diri kita.

Untuk apa saya mempunyai blog?


Blog ini dirancang sebelum saya tiba di Jakarta. Setelah tiba, alhamdulillah dapat direalisasikan. Namun, buntu akan pengisiannya. Lalu datang pula idea untuk berkongsi taqlim-taqlim dan pengalaman-pengalaman lepas. Untuk menulis sebarang yang bersifat peribadi, jauh sekali dari prinsip ini. Kini saya agak terbuka. Segala aktiviti Persatuan Pelajar2 Malaysia di Indonesia Cawangan Jakarta (PKPMI-CJ) juga akan disertakan. Maaf kerana info mengenai seminar Perubatan dan Islam tidak sempat untuk dipromosikan.

Kenapa Blog?
  1. Wadah mengislahkan diri.
  2. Melatih diri untuk belajar menulis dan menyusun kata.
  3. Bersikap responsif akan isu semasa.
  4. Perkongsian ilmu.

Namun, walau apapun tujuan kita, pastikan ia memberi kesan positif bagi diri kita terutamanya, dan juga orang yang mengikutinya. Renungilah ayat Allah ini:


وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Surah Adz-Dzaariyat:55

Dan berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu amat bermanfaat kepada orang-orang yang beriman

You Might Also Like

2 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”