Indonesia dan Malaysia

3:14:00 PTG


Dalam masa lebih sebulan ini, pelbagai isu yang muncul dan terpapar dalam media berkaitan hubungan dua Negara, Malaysia-Indonesia. Belumpun reda dengan pelbagai tuntutan, rakyat Indonesia bangkit semula secara aktif ke atas isu Manohara dan Ambalat. Dan yang terbaru ini berkaitan penderaan Tenaga Kerja Indonesia (TKI).

Alam maya pula menyaksikan pertumbuhan laman-laman yang berunsur provokasi, adu-domba, dan pembelaan. Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia pula melalui Pegawai Pendidikannya telahpun mengeluarkan kenyataan agar penuntut-penuntut Malaysia untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu ini.

Apa yang dilihat melalui perbalahan dua Negara serumpun ini adalah bermulanya dari zaman konfrontasi yang menyebabkan berlaku pergolakan antara Negara-negara Malaysia-Indonesia-Filipina. Namun seperti yang sudah sedia maklum, konfrontasi tersebut telahpun tamat pada perjanjian damai yang di meterai tanggal 11 Ogos 1966.

Seterusnya,perkembangan di alam maya pula, saya melihat apa yang berlaku ini mengalami 3 peringkat.

Peringkat 1
Pada tahap ini, hal utama yang menyebabkan terjadinya perbalahan adalah kerana provokasi-provokasi yang keluarkan oleh media massa kedua-dua buah negara. Media massa memainkan peranan penting dalam pelbagai hal yang berlaku. Mereka merupakan sumber utama bagi rakyat mendapatkan maklumat. Oleh itu, apabila suatu berita, forum ataupun talk show yang diadakan dengan meniupkan sentimen-sentimen provokasi, yang meresponnya adalah rakyat.

Peringkat 2
Lalu muncullah laman-laman web dan forum yang meniupkan lagi sentimen ini. Bermula dari menjelekkan dan seterusnya mengadu domba agar pembaca terkesan dengannya. Dan sekarang lihat sahaja hasilnya, tahniah kerana anda bijak, tapi sayangnya anda berfikiran cetek. Kebanyakan dari penulis-penulis ini merahsiakan identiti mereka. Tapi mereka tampil sebagai barisan hadapan menjatuhkan dan memburukkan bangsa lain. Agak musykil.

Peringkat 3
Peringkat ketiga ini pula adalah kemunculan golongan-golongan yang tergetus dihati mereka untuk menjawab segala tuduhan dan mereka lakukan. Malangnya kebanyakan yang menjawab bersikap bias (berat sebelah). Akhirnya menimbulkan perbalahan. Tak berkesudahan.

Segala yang diatas hanyalah muqadimah. Tampilnya saya dengan artikel ini adalah bagi mengajak pemilik blog ini supaya mengambil iktibar dan padamkan saja blog anda:

1. http://indoncelaka.blogspot.com/
2. http://ihatemalay.blogspot.com/
3. Dan lain-lain lagi


Jika ada yang mengajak untuk berdebat, saya mencadangkan agar dihentikanlah. Kerana perdebatan ini hanya dapat memahamkan anda yang berdebat tapi menimbulkan seribu persepsi dan kesan negatif pada pembaca.

Andainya ada pemilik-pemilik blog lain yang bercadang untuk menulis dan mengulas tentang hal ini tapi anda tidak mampu untuk bersikap adil, hentikanlah. Saya senaraikan kenapa saya berkata demikian:

1. Andai berlakunya perperangan di antara kedua buah Negara, lebih 2 juta orang TKI yang bekerja di Malaysia akan menerima nasib malang kerana hilang peluang pekerjaan.

2. Andai berlakunya perperangan di antara kedua buah Negara, hampir 100 000 orang penuntut Malaysia di Indonesia terpaksa menangguhkan pelajaran mereka dan ini sekali gus menyebabkan pengeluaran modal kerajaan kepada mereka hanya suatu pembaziran.

3. Itu jika berlaku perperangan. Sekarang ini, tidak berlaku apa-apa lagi. Tapi tahukah anda, sejumlah 100 000 orang penuntut Malaysia di Indonesia akan menerima impak negatif. Ini kerana persepsi buruk yang lahir hasil perbalahan tak berkesudahan ini.

4. Penulis blog dari kedua-dua Negara ini saling memburukkan Negara tetangga mereka. Akhirnya potensi pelaburan dari pedagang dan pelancong asing akan berkurang. Negara-negara asing kebanyakan menganggap kita bersaudara, tapi malangnya, kita saling bermusuhan.

5. Dan yang terakhir adalah topik utama perbincangan saya dalam artikel ini. Sila ikuti dalam artikel dibawah.

Siapakah anda? Ketahuikah anda bahawa anda hanya hamba? YA! Hamba bagi Allah SWT.

Lantas, Allah SWT lah yang menentukan segalanya untuk kita. Dia pengatur segala urusan alam ini termasuk dari ibu manakah kita lahir. Kerana itulah apabila anda lahir ketika ibu di Malaysia, anda di gelar sebagai WARGANEGARA Malaysia. Begitu juga sebaliknya.

Jadi sedarkah kita bahawa kebanyakan dari kita menjadi warganegara Indonesia ataupun Malaysia hanyalah disebabkan oleh ibu dan ayah? Bukan kita yang memilihnya.

Kemudian kita dididik dengan semangat nasionalisme. Dan secara tidak langsung pemikiran orientalis pasca kejatuhan daulah khilafah berjaya mencetuskan rasa berpuak-puak dan kekitaan yang melampau. Semuanya saling bangga akan Negara berbatasan ini. Umpama selepas batas itu, kita tiada apa-apa. Sedangkan kita saling bersaudara! Berbedanya kita sudahpun ditentukan oleh Allah SWT. Lantas ingatlah kita akan ayat suci ini:

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal.” (Al-Hujurat: 13)

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”