Seminar Perubatan dalam Islam

9:33:00 PTG




Pada malam Jumaat yang lalu (12 Jun 2009), bertempat di Masjid Nurul Hikmah, satu seminar bertajuk "Perubatan dalam Islam" telah diadakan. Seminar ini merupakan anjuran dari Biro Agama dan Kerohanian, Persatuan Pelajar2 Malaysia di Indonesia Cawangan Jakarta (PKPMI-CJ). Seminar tersebut sepatutnya bermula sejurus selepas solat Isya'. Namun atas sebab-sebab tertentu, ianya terpaksa dilewatkan ke jam 8.00 malam.

Walaubagaimanapun, proses sepanjang seminar tersebut, alhamdulillah, dapat dijalankan dengan lancar. Terima kasih terutamanya kepada Pengarah Program, Saudara Fahamy Md Nor dan juga kepada semua pihak yang terlibat. Dengan kehadiran hampir 150 orang pelajar, ianya merupakan suatu respon yang baik dari semua mahasiswa Malaysia dan masyarakat setempat.

Sebagai makluman, ini merupakan program pertama anjuran PKPMI-CJ bagi sesi 2009/2010. Oleh itu, pastinya terdapat kekurangan. Saya mewakili pihak Panatia Program memohon maaf jika terdapat kekurangan. Untuk penambahbaikan dimasa depan, cadangan dan masukan sangat dialu-alukan.

Terima kasih juga kepada Atase Agama Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Ustaz Abdul Aziz bin Jusoh yang sudi menghadiri seminar tersebut.

Sebagai mahasiswa Malaysia yang turut bercampur dengan masyarakat setempat, program ini merupakan suatu yang bermanfaat untuk merapatkan hubungan sesama kita. Biarpun terdapat isu genting yang berlaku di antara kedua buah negara, Insya Allah kehidupan kita di sini akan tetap aman.

*Saya menantikan cadangan dan kertas kerja bagi program2 lain. Silakanlah. Untuk kebaikan kita bersama.
**Laporan ini bukanlah laporan rasmi. Selagi belum ada
post-mortem dan laporan rasmi dikeluarkan oleh panatia, saya tak boleh keluarkan yang rasmi.

You Might Also Like

2 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”