Langkah Permulaan

2:59:00 PTG

“Kita kena tahu mana yang lebih penting. Jangan sebab sibuk dengan persatuan, yang lain kita tinggal,” ringkas pesanan sahabat.

Dalam pertemuan singkat tu, banyak yang saya perolehi. Alhamdulillah. Masih ramai yang sering tanya keadaan usaha agama di tempat ini. Saya yang jahil ni sering terkial-kial menjawab. Banyak lagi yang perlu dipelajari.

Ahad lepas, 12 Julai 2009, selesai di adakan Majlis Wacana Ilmu dan penstrukturan Biro Agama dan Pembangunan Insan (API). Sebuah badan yang insya Allah akan menggerakkan program agama sekitar mahasiswa Ukrida. Sebelum ini sering terfikir untuk menggerakkan suatu kumpulan yang bergiat secara aktif dalam urusan agama disini. Risau dalam diri, usaha agama lesu, tapi usaha untuk hal-hal yang lain kian bercambah.

Biarkan wadah ini yang menjadi pilihan. Maafkan kepada sahabat-sahabat di Malaysia. Usaha agama yang kalian gerakkan, tak dapat saya teruskan disini. Maaf juga kepada seorang sahabat di sini. Dahulunya sering mengajak untuk ke Markaz di Kebon Jeruk, tapi sampai sekarang tak pernahpun tercapai. Sahabat dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) pula tidak lesu akan dakwahnya. Kagum saya dibuatnya. Benarlah kata karkun dari Pakistan tu, akhi adalah seorang mujahid dakwah!

“Insya Allah bulan depan aku ingat nak khuruj 40 hari. Doakan yer”

“Baru-baru ni kami dapat tasykil ramai orang. Kami nak ajak-ajak ramai orang untuk keluar sekali.” Kata-kata ini sering masuk dalam yahoo messenger.

Sebuah usaha agama sangat-sangat perlu bergiat aktif dalam sebuah halaqah. Kalau usaha agama ni malap, kita semua yang akan dipertanggungjawabkan. Jadi tinggilah cita-cita untuk menunaikan firman Allah SWT :

“Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian itulah orang yang berjaya.”
[QS 3:104]

Semoga langkah permulaan ini dapat kita teruskan untuk yang seterusnya. Doakan kami agar istiqamah dan ikhlas dalam setiap yang dilakukan.

You Might Also Like

2 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”