Cerita Nasyid 1

1:51:00 PTG


Pada awal era kemunculan irama nasyid di Malaysia, kumpulan-kumpulan nasyid seperti The Zikr dan Nada Murni merupakan nama-nama yang tidak asing lagii untuk diketengahkan. Kumpulan-kumpulan nasyid ini dahulunya dibawah seliaan gerakan Al-Arqam. Turut serta juga kumpulan nasyid Qathrunada.

Bagi kumpulan The Zikr, penyanyi utamanya adalah Nazrey Johani. Beliau telah menubuhkan kumpulan nasyid Raihan dengan dianggotai Amran, Che Amran, Abu Bakar dan Allayarham Azahari. Namun, kini Nazrey telah memilih untuk bergerak secara solo. Kumpulan Nada Murni pula, mempunyai dua vokalis utama sepanjang penglibatan nasyid mereka iaitu Munif Ahmad dan Ustaz Asri. Munif kini adalah vokalis utama kumpulan Hijjaz manakala Ustaz Asri pula adalah vokalis utama kumpulan Rabbani.

Sebenarnya kebanyakan lagu yang dibawakan oleh mereka telahpun dinyayikan kembali oleh penyanyi nasyid kini. Oleh itu sumbangan yang dibawakan oleh mereka adalah sangat besar. Antara lagu-lagunya adalah Rasulullah (Hijjaz), Dunia Baru Islam (Nazrey), Kehidupan (In Team), Air Mata (Saujana – tajuknya Air Mata Keinsafan), Secerah Pawarna (Mestica), Disinilah Kita (In Team), Pemimpin Sejati (Saff One – ditukar tajuk dan lirik menjadi Seri Seorang Isteri), Sunnah Berjuang (Hijjaz), Tidak Seindah Sentuhan Mata (Saujana – ditukar tajuk menjadi Sekeping Hati), Mengemis Kasih (Raihan) dan banyak lagi.

Memang tak dinafikan ada diantara lagu mereka yang berkisar tentang perjuangan Al-Arqam. Saya sendiri pernah menyimpan lagu The Zikr yang bertajuk Tika Abuya Pulang. Ketika itu teman-teman bertanya adakah saya Al-Arqam. Lantas saya buang dan sekarang susah untuk cari balik lagu tu. Ketika itu zaman persekolahan.

Terdapat juga kumpulan nasyid seumpama Nada Murni dan The Zikr, namun mereka adalah nasyid muslimat. Yang pernah saya ketahui adalah dari Puteri-puteri Al-Arqam kerana ada lagu mereka yang dinyanyikan kembali oleh kumpulan nasyid kini iaitu Buta Mata oleh Saff One.

Selain itu, terdapat juga kumpulan nasyid yang lahir dari sekolah. Antaranya adalah Brothers, dan Saujana. Tapi bagi yang digelar nasyid underground, kumpulan seperti Shoutul Amal, Shoutul Jihad, Suara Kisas, dan banyak lagi merupakan golongan yang turut mengkontribusi ke arah dakwah melalui nasyid.

Bagi saya secara peribadi, nasyid yang dibawakan dahulu adalah lebih menekankan aspek penyampaian. Maksudnya isi yang terkandung dalam lirik itu mudah diterima. Kerana itulah jika dilihat pada lagu-lagu mereka, kurang menggunakan alat muzik. Jika adapun hanya sedikit. Tapi apa yang disampaikan mereka masih mekar hingga ke hari ini.

Namun mungkin akibat zaman yang berubah menyebabkan tuntutan masyarakat keatas cara penyampaian dakwah melalui nasyid juga turut berubah. Lalu muncul kumpulan nasyid In Team, Mestica, Dehearty, Devotees, Unic dan seangkatan dengannya.

*Ada sambungannya nanti.
**Segala yang ditulis disini hanya berdasarkan pengetahuan peribadi, tidak membuat rujukan dahulu. Jika akan kesilapan harap ditegur.

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”