Ulah Saudara

9:17:00 PTG


Jiwa anak kecil di timur Gaza kembali gundah. Anak kecil itu tidak mengerti. Ramadhan yang menghembus hanya menghauskan jiwanya. Jiwa yang sentiasa mengimpikan pembebasan. Kelmarin tanggal 21 Agustus bagai tidak bernyawa di benak ingatan saudara-saudaranya. Telahpun genap 40 tahun berlalu, sipi kemarahan yang lahir dari orang tuanya bertaut pada hatinya. Mungkin dia lebih mengerti dari saudaranya yang sudah berpangkat, hidup bahagia namun perbalahan tujuannya. Al-Aqsa dibakar Yahudi Laknatullah!!

Ingatkah saudaraku di Indonesia dan Malaysia? Ingatkah kalian?!

Saudaraku, diantara perkhabaran ulahnya Malaysia dan Ganyangnya Indonesia, terhimpit dilema anak-anak Palestina. Dalam jaga dipagi hari, fikirannya menanggapi saudaranya dari negara yang di gelar negara Islam itu dan negara yang penduduknya paling ramai Islam itu...pasti akan menolong mereka!

Namun apa yang terjadi hakikatnya? Rakyat Indonesia memburukkan Malaysia dan begitulah sebaliknya. Untuk apa?

Kalian, kita singkapi hadith baginda junjungan, Rasulullah saw, "Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mengasihi dirinya." (Hadis riwayat Muslim). Lantas dimana iman kita? Kesal rasanya hati bila slogan Ganyang Malaysia dilaung kembali. Kalian mengaku beriman tetapi sanggup mengeji rakan seiman dan seaqidah kalian? Begitu juga saudaraku yang menghina bangsa Indonesia. Dimana kalian letakkan iman kalian?!

Pastinya untuk menghujat saudara kalian, ini tidak berpenghujung. Berantakanlah, berbalahlah. Tapi sampai bila? Al-Fatih telahpun lahir dari gelora jiwa Salahuddin Al-Ayyubi. Namun tiada satupun lisan mereka yang menyeru untuk berpecah pada negara sedangkan kalian bertuhan pada tuhan yang sama. Bahana nasionalisme taksub muncul akhirnya.

Kini kalian saudara Indonesiaku baran akan negaraku. Untuk Pendet? Kalian, khabarkan padaku dimana tarian pendet yang halal di sisi Islam? Istighfar. Wanita melenggokkan badannya dalam keadaan tidak menutup aurat. Ini bukan isu negara yang dipermasalahkan, tapi isu Agama! Kerana kalian Islam tetapi memperjuangkan suatu yang haram disisi tuhan kalian?

Begitu juga sahabat Malaysiaku. Kalian caci makilah mereka andai berjaya mengeluarkan mana-mana ayat Al-Quran dan hadith yang menyeru berbuat demikian. Jika tidak, tolong diam!

Jangan biarkan anak kecil Palestina menangis kembali.

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”