Kerja danTugas

8:07:00 PTG


Sejak isu hubungan Malaysia-Indonesia mulai sampai ke gegendang telinga rakyat Malaysia, banyak benar perkara yang berlaku di sini. Walaupun sebenarnya kebanyakan pelajar Malaysia tidak merasakan aktiviti mereka terbatas atau terhambat, namun provokasi yang timbul membuatkan keluarga di Malaysia menjadi sedikit gusar.

Di Ukrida pula, khabar-khabar panas ini menyambut kedatangan angkatan 2009, sahabat baru kami. Sebanyak 3 peringkat penghantaran yang dilakukan oleh pihak Mara dan JPA. Terbaru adalah kedatangan pelajar dari INTEC sebanyak 12 orang pada minggu lepas. Pada hari tersebut kebetulan saya ditugaskan untuk menyambut mereka di Bandara (Lapangan Terbang), dan yang menariknya, antara soalan yang ditanya adalah; "Abang, kat sini selamat ke?" (walaupun umur sebaya, ada juga yang memanggil abang).

Mungkin kerana mereka sempat mengikut peristiwa terbaru yang berlaku di sekitar Menteng, Jakarta tersebut. Tak apalah. Peristiwa tersebut memang berlaku, tetapi tiadalah perlu dirisaukan. Banyak pihak dah mula buka mata dan ambil perhatian. Sekali pelajar Malaysia disentuh, mungkin satu Malaysia akan kecoh.

Saya sendiri ada mendapat panggilan bertanyakan mengenai keadaan penuntut Malaysia dari Kerajaan Negeri Melaka. Mereka tersilap membuat panggilan barangkali. Malas nak berurusan hal ini secara terus dengan mana-mana pihak di Malaysia. Sebab takut dianggap melangkau tugas Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia (JPMI). Biarlah semuanya melalui dia. Cumanya ada satu sahaja yang dilakukan secara terus, iaitu membina hubungan bilateral dengan Persatuan Pelajar Indonesia di Malaysia (PPI Malaysia).

Terbaru, pihak PPI meminta untuk PKPMI-CJ mengeluarkan kenyataan rasmi untuk mereka sampaikan pada pihak media. Bagi PKPMI-CJ, kami sebenarnya sukar untuk mengeluarkan apa kenyataan atau tindakan 'direct' kepada mana-mana pihak kerana hampirnya kami dengan kedutaan. Walaupun bagi saya, agak terkongkong dengan birokrasi tersebut, tapi biarkan je la, mungkin ada mudahnya dengan cara tersebut. Setelah mendapat nasihat, kenyataan rasmi telahpun dihantar ke pihak PPI Malaysia. Tak tahulah sama ada diterima atau tidak. Kenyataan yang sangat neutral, kadang-kadang tak menarik minat sesiapa.

Pada 11 Ogos 2009 pula, suatu program yang kami namakan sebagai Pertemuan Muhibbah Pemimpin Mahasiswa Malaysia dan Indonesia selesai dilakukan. Program yang agak tergempar ini dirancang pada hari Jumaat (4 Ogos 2009), diluluskan pada hari Isnin, sebaran pada setiap pimpinan universitas sekitar Jakarta pada hari Selasa dan akhirnya Alhamdulillah berjaya dilakukan pada hari yang ditetapkan. Program ini adalah mendapat sokongan JPMI dan meminta kami untuk menjemput dari pihak KUJ sebagai pemerhati. Hasil daripada perbincangan tersebut akhirnya tertubuhlah "Indonesia Malaysia Student Association" atau singkatannya IMSA. Saya menjadi pengerusi majlis pada hari tersebut dengan keadaan tidak bersedia dan tak tau susunan agenda. Sangat teruk. Alhamdulillah dipermudahkan.

Seterusnya apa lagi aktiviti? Dah puas PKPMI-CJ lakukan aktiviti, tapi kebanyakan dilakukan dengan pihak atasan. Tidak banyak yang bersifat membumi dan dekat pada pelajar. Lagipun bila lakukan aktiviti kadang-kadang semua bertanya, 'ini program siapa?'. Nasib tak sampai klaim mengklaim. Biarlah apa-apapun, pokoknya, ianya dari pelajar dan untuk kepentingan pelajar juga. Tiada kepentingan politik mahupun kuasa. Kalau ada, saya harap saya tak masuk campur.

Ini hanya laporan diri untuk ibu di Putrajaya.
Salam Ramadhan.

You Might Also Like

1 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”