Lagu : Zikraa

11:38:00 PG


Hanya sekadar masukan ringkas. Teringat pula lagu yang pernah dengar dulu. Lagu ni rasanya dengar sebelum masuk matrik lagi. Tapi itupun ingat-ingat lupa. Pernah rakam guna hanset lama, sebab cuba cari tak jumpa-jumpa. Siapa ada terjumpa, boleh la bagi eh. =)

Insan yang dicinta
Adakah cinta sejati
Insan dilamun cinta
Adakah yang hakiki

Bunga yang dirindu
Ia akan layu
Harta yang dicintai
Musnahnya dikecapi

Insan yang dicinta
Pudar lanjut usia
Dunia yang dicari
Hancur akan akhirnya

Apakah yang dicari
Cinta di sana sini
Harapan yang menggunung
Kecundang di jalanan

Cinta kepada Allah
Cinta yang abadi
Cintai yang Maha Esa
Dengan setulus hati

Tiada selainNya
Tiada sekutuNya
Bertaqwa kepada Allah
Menjadi insan sejati

Usahlah tertipu
Dengan tipuan dunia
Usah leka dan lalai
Meniti kehidupan

Ketuklah pintu hati
Allah yang dicari
Keredhaan diharapkan
Di dunia dan akhirat

Munsyid : Zikraa
Tajuk : Cinta Abadi

You Might Also Like

2 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”