Muslim yang Malu

11:38:00 PG


“Ni semua salah perempuanlah!” bentak seorang sahabat.

Penat bila bicara mengenai aurat. Penuh bahu perempuan kita letakkan beban. Acapkali bila bicara mengenai ini, wanita ditegur, tegur dan tegur. Pelik juga.

Kenapa yang jadi sasaran adalah wanita?

Mungkin dari lembutnya hati wanita itulah yang menjadikan teguran dan nasihat dilempar keatas mereka dahulu. Sedangkan jika berbicara mengenai aurat dan pandangan, al-Quran tak pernah lupa menerangkan agar pihak lelaki turut sama menjaga pandangan mereka.

Tunduknya pandangan lelaki adalah langkah pertama dalam menundukkan hatinya. Sebagaimana Rasulullah yang dijanjikan sifat maksum, namun tetap menjaga batas pandangannya. Ekspresi Rasulullah ketika memalingkan pandangan ketika seorang wanita terselak kainnya kerana terjatuh dari kenderaan, jelas menunjukkan begitu berhati-hatinya Rasulullah dalam menjaga pandangannya. Lantas baginda memuji wanita tersebut dengan berkata, “Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya).” *

Melalui mutiara sabda Rasulullah saw, banyak disebutkan tentang istimewanya kaum Hawa ini. Dalam sebuah hadith, Rasulullah bersabda:

"Peliharalah perempuan-perempuan itu sebaik baiknya, karena sesungguhnya perempuan dijadikan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya yang paling bengkok dari tulang rusuk itu, ialah sebelah atasnya. Maka jika engkau coba meluruskannya niscaya engkau patahkan dia. Dan jika engkau tinggalkan saja dia akan tetap bengkok. sebab itu peliharalah (jagalah) perempuan itu baik-baik" (HR Bukhari dan Muslim).

Dari sifat wanita itulah yang membentuk sahsiah dan akhlaknya. Sama ada ketika berseorang atau ketika berhadapan dengan orang lain.

Sebelum ini banyak perkhabaran mengenai parahnya sahsiah anak muda yang belajar di luar negara. Bukanlah bermaksud semua, tetapi wujudlah seberapa. Dan yang tak lekang dari bibir adalah bebasnya pergaulan lelaki dan perempuan.

Pernah ketika mula-mula datang ke sini, saya mendengar perkhabaran ada 'angkatan lama' (senior) yang dengan slumbernya membawa masuk wanita ke rumahnya. Ketika tu baru datang dan hanya mendengar khabar angin. Dan kini, hal ini memang terjadi. Sesetengah wanita-wanita Muslim dengan slumbernya masuk ke rumah lelaki Muslim. Untuk apa?

Ini bukan pemikiran jumud atau Islam tradisional atau apapun menurut pandangan kalian! Tetapi sedarlah pada wanita itu ada malunya. Dimana malu kalian??

Apakah khabar al-hayya’ tidak pernah sampai kepada kalian?

Pada kecantikan seorang wanita, kelunakan tutur katanya, santunnya budi pekerti, Allah tidak lupa meletakkan sifat malu sebagai benteng utama. Janganlah sangka Sang Pencipta melupakan itu lantas kita berbuat sesuka hati atas dasar, ‘kami tak buat apa-apapun’. Kalau tak buat apa-apa, kan lebih elok kiranya duduk di rumah. Lelaki bebas tanpa memikirkan adanya makhluk asing di rumah dan perempuan juga boleh berbaring ataupun buat apa-apa tanpa memikirkan itu dan ini yang perlu dijaga.

Kadang kala, hal yang yang subjektif sering dipermainkan. Malu itu sifatnya bukan tidak berbicara, tetapi pandai menjaga tutur katanya. Malu itu sifatnya bukan pejam mata setiap masa, tapi lihat bila diperlu sahaja. Malu itu juga bukan pakaian tertutup satu warna, tapi tutup ikut suruhan Yang Maha Esa.

Begitu juga dalam pergaulan antara Adam dan Hawa. Batas antara belajar dan ikhtilat bebas kadang-kadang terlalu rapuh. Kebanyakan kalian pernah dengar tentang jangan menghampiri zina dan hadith ini,

“Janganlah salah seorang diantara kalian (laki-laki) bersepi-sepi (berkhalwat) dengan wanita malainkan harus disertai mahramnya.” (Mutafaqqun’alaihi)

Untuk dijabarkan satu persatu daripada hal ini, pasti membosankan. Mamat ni nak bagi tazkirah ke pulak dah. Tapi atas kepercayaan akan tazkirah (peringatan) itu sangat berguna bagi setiap mukmin (QS Adz-Dzariat: 55), maka elok disampaikan juga.

Petunjuk dan peringatan wahyu Allah SWT umpama air yang akan menyuburkan tanaman, air akan mendatangkan faedah hanya kepada tanah yang subur, jika air disiram keatas batu pejal pasti tidak mendatangkan sebarang kesan. Demikian juga petunjuk dan peringatan Allah SWT, ia hanya akan berguna apabila segala nasihat dan peringatan itu jatuh ke lembah hati yang lembut. Hati yang keras sama dengan batu pejal yang tidak mungkin diresapi, oleh itu hati yang keras tidak mungkin dapat manfaar dari petunjuk dan peringatan wahyu.**

Hal yang utama dari saya adalah; janganlah sesekali kaum Hawa masuk kedalam rumah kaum Adam sesuka hati. Jika nak masuk juga biarlah atas urusan penting sahaja. Jagalah antara sikap malu dan tak tahu malu.

Bukanlah niat menegur kerana merasa diri ini paling sempurna, cuma yakin, jika menunggu orang paling sempurna untuk menegur, maka tiadalah antara kita yang akan muncul untuk mengambil tempat itu kerana tiada antara kita yang sempurna.

Wallahu 'alam.

*Riwayat Al-'Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245
**Petikan dari buku bertajuk "Insan, Ingatlah!" karangan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tulisan berwarna merah muda tu baru di update kerana ada ralat sebelum ni. Maaf atas kesilapan sebelum ni.

You Might Also Like

1 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”