Jangan kita lupa

4:47:00 PG


"Tuan-tuan, kami nak menghidupkan kembali sunnah!" Kata seseorang.

"Daulah khilafah perlu kita dirikan! Kita tiada amir yang memipin kita! Umat Islam perlu bersatu." Seorang lagi bersuara.

"Kami perlukan tajdid minda. Umat perlu dibebaskan segala bida'ah, khurafat, syiah, khawarij dan lain-lain unsur selain Islam!" Tambah satu lagi suara.

Bagi yang mengetahui, pasti anda pernah dengar biarpun tidak persis tapi hampir kepada untaian kata-kata ini. Sehingga timbul persoalan, kita perlu pilih jemaah yang mana? Sewaktu di matrikulasi, saya sering lihat, mereka yang ber-usrah tidak menyertai bayan maghrib dan khuruj. Begitu juga dengan tahun selepas saya, apabila ada sahabat yang memberitahu sedemikian.

Saya kabur sebenarnya. Tidaklah bijak menentukan mana-mana jemaah. Malah saya sangat terlalu dhaif untuk menyentuh akan hal ini. Tapi, jika anda jemput untuk saya menyertai rehlah atau ta'lim dan lain-lain, insya Allah akan saya ikuti. Biarlah dari jemaah mana sekalipun.

Disebalik itu, mereka yang bijak berkata-kata, sirna tika 'assolatu khairum-minannaum' dikumandangkan.

Jadi akhirnya saya setuju. Kita bicara soal istiqamah dalam berjemaah solat subuh di masjid terlebih dahulu sebelum berbincang mengenai hal-hal lain.

Buat peringatan bagi diri ini yang sering lupa.

You Might Also Like

3 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”