Keluarga dan organisasi

2:34:00 PTG




"Abang, buku tu macam best je," kata seorang wanita pada teman lelakinya.

Lelaki didepan saya, lantas mengambil buku tersebut.

Buku yang ditunjuknya adalah buku perkahwinan. Memang kebiasaan bagi sudut bahan bacaan agama, pasangan-pasangan memilih untuk mencari buku berkaitan perkahwinan. Adakalanya, ada yang agak malu-malu untuk memilih. Perhati sekeliling, baru cuba membaca.

Tak apalah. Sekurang-kurangnya ada ilmu agama yang mereka dapat dalam impian rumah tangga. Walaupun kadang kala bagi saya, agak terburu-buru bagi pasangan yang ingin berumah tangga untuk terus menelaah bacaan-bacaan menjurus skop perkahwinan sahaja.

Kerana, disebalik kehidupan berorganisasi (baca: berkeluarga), pastinya ada tujuan, visi dan misi, peran-peran yang dimainkan, tanggungjawab sesama ahli serta garis-garis panduan. Segala itulah yang perlu jelas. Bukan secara sambil lewa dengan memikirkan membina tapi tidak mengukuhkan. Risau, lama-lama ianya roboh.

Oleh itu dibalik tabirnya, ilmu asaslah yang perlu diutamakan. Jangan tumpu pada yang picisan andai yang asas banyak yang kita terlupa. Ilmu Fadhu 'Ain yang dah lama ditinggalkan, ditelaah kembali. Seterusnya, barulah beralih kepada Fiqh munakahat, Fiqh wanita (bagi lelaki), tarbiyyah (pedidikan) keluarga, penanganan emosi dan sebagainya.

Bagi pasangan remaja, sering kali ada yang rasanya dirinya sudah 'lengkap', dan ingin beralih kealam seterusnya, namun keluhan-keluhan pula yang muncul. Contohnya, ibu bapa yang tidak membenarkan dan persepsi semasa ibubapa (khususnya orang Melayu) yang merumitkan.

Saya suka dengan kata-kata sahabat saya,

"Kita ni sikit-sikit dah mengeluh tak dibenar kahwin. Tengoklah diri kita dulu. Andai kita letak diri kita pada ibu bapa, rasa-rasanya mereka setuju tak? Dengan bangun lewat, solatpun jarang ke Masjid, buat kerja rumah sendiripun failed, duduk kat rumah asik tidur je, elaun masuk lambat sikit dah mengeluh minta duit dan macam-macam lagilah yang buat hilang keyakinan parents kat kita. Yang penting, yakinkan dulu parents kita!"

Tak tau la macam mana tiba-tiba dalam liqa', hal tu pula yang dia sentuh.

Hal berorganisasi ini adakah ianya rumit?

Organisasi bukan sahaja tertumpu pada persatuan dan kehidupan berumah tangga, bahkan dalam Rukun Islampun, banyak daripadanya perlukan organisasi. Contohnya dalam menunaikan haji dan zakat. Jika di Malaysia kedua-dua hal ini sangat memerlukan kepada badan yang menguruskan. Zakat yang diperlukan amil bagi tujuan pengumpulan, seterusnya ibadah haji yang memerlukan Lembaga Tabung Haji untuk memudahkan urusan kebanyakan rakyat Malaysia.

Selain itu, ibadah solat yang dilakukan secara berjemaah juga memerlukan imam dan makmum. Inilah menunjukkan peri pentingnya berorganisasi.

Lantas kenapa ramai yang meremehkan sedang kita saling memerlukan?

Dalam dua aspek yang saya cuba sentuh ini; organisasi keluarga dan organisasi persatuan, keduanya saling berkaitan.

Pembinaan persatuan bukan sahaja pada minat dan kesediaan masa, tetapi juga pengukuhan melalui aktiviti yang berfaedah. Begitu juga perkahwinan yang bukan hanya pada cinta dan telah bersedia, tetapi juga pada penyempurnaan sebahagian iman melalui pengabdian pada perintah Allah dan sunnah Rasulullah.

Keyakinan pada ibu bapa yang diharapkan semasa memulakan perkahwinan, jika dinilai pada persatuan sama juga dengan keyakinan yang diharap ada pada ahli ketika menjalankan aktiviti persatuan.

Oleh itu, usahakan diri sahabat-sahabat semua untuk sudi membentuk dan mengukuhkan organisasi kita bersama.

**Sangat-sangat tiada idea nak menulis. Tentang tips kahwin tu jangan ikut sangat, sebab orang yang menulis ni tiada pengalaman dan hanya hentam kromo je.

You Might Also Like

1 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”