Pengorbanan Qurban

3:51:00 PG



"Kalau kat kampung (Kelantan), raya haji dia meriah betul tau," kata Ayah.

Dahulunya, ayah sering kata tentang Hari Raya Eidul Adha di Kelantan yang sangat berbeza dari di bandar. Sebetulnya, saya sendiri jarang pulang ke kampung ketika Hari Raya Eidul Adha. Sebabnya ketika kecil pernah menetap di Sabah untuk beberapa tahun, jadi untuk pulang tu, tiket sangat mahal. Semasa di Selayang pula, sambutan disana agak meriah. Suasana gotong-royong menghidupkan apa-apa aktiviti yang Surau Ad-Deen (surau ditaman perumahan saya) anjurkan. Di tambah pula dengan cuti raya haji yang singkat. Jadi memang jarang untuk pulang ke kampung.

Dan kini, orang selalu bertanya, "Hari raya haji kat Kelantan meriahkan?"

Saya hanya mengiyakan dan bercerita sedikit tentang suasana di Kelantan. Sebenarnya cerita-cerita tu adalah ulangan dari apa yang ayah pernah kisahkan dahulu. Saya sendiri tak sempat merasainya.

Suasana hari raya pada kebiasaan kita adalah dengan Solat Sunat Eidul Adha dan seterusnya melakukan ibadah qurban. Jika tidak berpeluang, dapat menolong siat dagingpun jadilah.

Peristiwa qurban ini tercatat dalam Surah As-Saffat,

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar. (102) Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami). (103) Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! (104) Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (105) Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. (106) Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. (107) Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. (108) Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!. (109) Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (110) Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. (111)
Dari peritiswa inilah banyak hikmah yang dapat kita soroti.

Untuk diri sendiri, mehna yang Allah datangkan tidaklah seberat baginda Ibrahim a.s. tapi seringkali tidak bersyukur atas nikmat kurniaannya. Moga Eidul Adha kali ini dapat kita menghisab diri di atas pantulan keperibadian serta keimanan seorang ayah bernama Ibrahim, seorang ibu bernama Siti Hajjar dan seorang pemuda bernama Ismail.

You Might Also Like

1 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”