Elaun Naik

7:25:00 PTG



Amaran: Ini hanya pendapat peribadi, dinilai hanya pada diri sendiri, suatu asumsi kasar yang banyak salah dan insya Allah ada betulnya. Pendapat ini juga sangat kontra dari kebanyakan rakan-rakan di Jakarta khususnya.

Pada hari pertama saya melibatkan diri dalam PKPMI-CJ, iaitu sesudah pemilihan pimpinan bagi sesi baru, antara hal yang turut pesan oleh saudara Nabieh adalah meneruskan tuntutan kenaikan elaun. Sejak dari itu, apabila ada menteri yang datang, mesti hal kenaikan elaun yang disebut.

Terus kepada isu utama: Elaun Sara Hidup perlu dinaikkan?

"Tak cukup la Rm 1000 je sebulan. Nak makan lagi, beli buku lagi, bayar internet, sewa rumah, bibik, banyak la. Dah la currency rate sekarang rendah."

Ni salah satu contoh keluhan yang saya reka sendiri dan cuba menyimpulkan antara kebanyakan keluhan yang sering didengar.

Bagi pelajar di Jakarta, kebiasaan Elaun Sara Hidup yang kami dapat dalam sebulan adalah antara Rp 2.6 juta hingga Rp 3 juta. Saya cuba menghitung secara kasar pembelanjaan yang perlu kami lakukan dalam sebulan melalui pandangan peribadi saya.


Makan dan Minum = Rp 1 200 000 (Rp 40 000 sehari)
Pengangkutan Ke Kuliah = Rp 96 000 (Rp 4 000 sehari)
Sewa Bilik (termasuk bibik) = Rp 800 000
Internet = Rp 100 000

Total untuk sebulan = Rp 2 200 000 (digenapkan)


Jadi, terdapat hanya Rp 400 000 saja untuk dibelanjakan yang lain. Tu termasuklah hiburan, riadah dan tabungan. Bagi saya, cukuplah tu untuk sebulan. Tapi pastinya ada yang mengatakan, wang untuk perbelanjaan buku?

Haaaa, ni nak royak skit =). Kerajaan ada menyediakaan Elaun Buku, iaitu selain daripada RM 1000 sebulan yang kita dapat tu. Jadi kawan-kawan semua, kalau ada wakil JPA, MARA atau mana-mana menteri datang, suarakanlah Elaun Buku, janganlah disebut RM 1000 tu.

Sebenarnya, terdapat dua elaun yang menjadi perhatian saya iaitu Elaun Buku dan Elaun Klinikal. Kedua-dua inilah yang sepatutnya diberi perhatian terlebih dahulu. Sebabnya, buku kedokteran yang mahal dan perlu membeli buku praktikum. Waktu klinikal pula, terdapat banyak tambahan yang terpaksa ditanggung.

Akhirnya, rasa-rasa elaun boleh ke naik dalam tahun ni, sedangkan dana untuk Kementerian-kementerian kerajaan dipotong, harga gula naik dan harga minyakpun akan naik pada bulan Mei?

* Bagi yang tak tahu, pelajar disini ada bibik yer untuk basuh-lipat-gosok baju, basuh pinggan, sapu-mop lantai dan juga kemas bilik. =)

You Might Also Like

3 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”