Permai 2010: Bandung

10:52:00 PG



“Islam dan Muslim : Dulu, Kini dan Masa Depan”

Hampir seminggu Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia (PERMAI) berlalu. Sebelum bercerita lebih lanjut tentang PERMAI ’10 ini, eloklah saya memohon maaf terlebih dahulu kepada Saudara Zulhazwan (Awang) dan juga seluruh Ahli Jawatankuasa PERMAI ’10 kerana keterlambatan kami menghantar penyertaan. Kami telahpun menyiapkan peserta, tetapi Majlis Tertinggi PKPMI-CJ meminta di ‘hold’ kan penghantaran senarai penuh nama peserta. Akhirnya, tidak ramai yang dapat hadir sedangkan terdapat hampir 30 orang muslimat lagi yang bersedia untuk hadir.

Perspektif Menjadi Mukmin yang Efektif
Kebanyakan peserta dari Jakarta tiba pada malam Jumaat (22 Januari 2010) dan kami sempat menghadiri sedikit sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikelolakan oleh muslimin dari Islamic Malaysian Association (IMAN). Tertarik saya akan keakraban dan potensi yang wujud pada mereka.

PERMAI ’10 kali ini mengambil pendekatan untuk membincangkan 6 Pespektif yang ada dalam bahagian pertama buku Maza Ya’ni Intima’i Lil-Islam (Apa Erti Saya Menganut Islam). Seperti yang telah diberitahu oleh Ustaz Hasrizal, apa yang dibincangkan hanyalah mengambil rangka dari buku tersebut, bukanlah membincang sehelai-sehelai mengikut apa yang ditulis oleh Allayarham Syeikh Fathi Yakan.

Penyampaian yang sederhana tetapi berilmiah dari Ustaz sangat menarik perhatian kami. Lebih-lebih lagi ketika Slot pada pagi Sabtu. Sebabnya, mata saya tak berjaya mengantuk seperti yang kebiasaaannya berlaku :).

Inti dari segala pendekatan Ustaz tersebut bolehlah dilihat melalui blog Saifulislam sendiri menggunakan by-pass (bagi mereka yang di Indonesia kerana blog Ustaz tidak dapat dilayari secara direct di sini).

Nilai ukhuwwah yang terbentuk pada PERMAI kali inilah yang paling berharga. Kami berkumpul atas satu tujuan, berkerja bersama biarpun pada wadah yang berbeda, dan berpisah untuk meneruskan misi serta objetif PERMAI ’10 berkesinambungan.



Daurah PERMAI ‘10
Suatu hal yang mungkin boleh diperbaiki pada masa hadapan adalah penumpuan atas aktiviti bersama dan perancangan gerak kerja yang bersama. Benar, apabila kita menjemput Ustaz Hasrizal yang sudi datang dari jauh, kita akan cuba menggunakan segala ruang dan waktu yang ada untuk diisi dengan penyampaian dari Ustaz. Namun, aktiviti seperti LDK dan riadah bersama tidaklah dibiarkan begitu sahaja. Supaya dengan ukhuwwah yang akrab inilah yang dapat menjana keberkesanan suatu program.

Program pada kali ini benar-benar menimbul refleks pada diri saya. Jenuh saya memikirkan, kenapa keakraban yang wujud pada IMAN dan UPIMI tak berjaya kami aplikasikan pada Muslimin Muslimat di Jakarta. Bahkan berita berpecahnya pelbagai fikrah di Jakarta telah sampai lama ke pengetahuan mereka dari Bandung dan Jogjakarta.

Insya Allah saya akan mencerita serba sedikit pada persepsi saya tentang apa yang wujud di Jakarta khususnya di Ukirda pada entry seterusnya. Bukanlah bagi membuka aib, tapi tinggi cita-cita saya agar kami semua dapat bersatu biarlah wujudnya perbedaan fahaman dan fikrah.

Ukhuwwah Islamiyyah itu suatu kewajiban!


[1] Bagi yang ingin mendapatkan audio bolehlah meminta kepada saudara Fahamy '08. Videonya kami sedang tunggu daripada Panatia PERMAI. Boleh juga melihat terlebih dahulu penyampain dari Ustaz Hasrizal dalam program dan tajuk yang hampir sama pada tahun 2008 di Jepun: IPIJ '08

[2] Gambar-gambar PERMAI '10 terdapat dalam blog Syeikh Amad Fahmi: Ini Amad Pesan.

[3] Link rasmi PERMAI '10: http://permai-islam.blogspot.com/

You Might Also Like

2 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”