Antara Etika Doktor dan Politik

12:55:00 PTG


Bermula 2 Februari lepas, perbicaraan kes pertuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuka kembali. Bukanlah niat saya untuk membincangkan kes tersebut, biarkanlah hakim yang menentukannya.

Tetapi kenalkah anda Dr Mohd Osman Abdul Hamid, Doktor Perubatan di Hospital Pusrawi?

Namanya pernah popular seketika akibat hasil laporan pemeriksaan perubatan (medical check-up) yang dibuatnya ke atas Saiful Bukhari Azlan tersebar kepada umum. Jika hal ini berkaitan dengan pesakit anda yang berkerja di warung pecel tepi kepala sapi atau pakcik yang jaga angkut di St Monica, tiada siapa yang akan kisah. Tetapi anak muda yang pernah diperiksanya adalah seorang yang mendakwa diliwat oleh pemimpin utama parti pembangkang negara!

Dalam hal ini, semestinya seorang doktor perlu menjaga hak privasi pasien. Empat prinsip bioetik mesti sentiasa dalam ingatannya.

1. The principle of respect for autonomy,
2. The principle of nonmaleficence,
3. The principle of beneficence, dan
4. The principle of justice.

Hak privasi pasien mengacu kepada prinsip yang pertama iaitu prinsip penghormatan ke atas hak autonomi pasien. Ini kerana pasien mempunyai hak untuk mempertahankan keputusannya dan menyimpan segala kerahsiaan hasil dari pemeriksaan perubatannya.

Kes yang berkaitan Saiful Bukhari ini menjadi gempar tidak lama selepas beliau cuma mendakwa Anwar Ibrahim atas pertuduhan meliwatnya secara paksa. Mungkin jika hasil perubatan tersebut jelas menunjukkan terdapat kesan diliwat pada pasien, tiada siapa kisah doktor mana yang mengesahkan. Tetapi pada pemeriksaan tersebut, tiada sebarang bukti dapat mengaitkan kesan diliwat pada tubuh pasien.

Kepada pelajar perubatan, bayangkan anda dalam situasi yang sama apabila berkerja nanti. Setiap hari anda akan memeriksa dan merawat berpuluh-puluh pasien. Anda bahkan boleh terlupa pasien yang pernah datang pada anda. Tak lama kemudian, hasil pemeriksaan perubatan yang telah anda sahkan tersebar kepada umum dan anda dipersalahkan. Datanglah polis berkali-kali untuk menyoal siasat.

Ini pastinya menyukarkan anda untuk meneruskan kerja. Anda akan dikaitkan dengan parti politik tertentu, nama anda akan menjadi popular bahkan anda juga akan menjadi dalil untuk orang berhujah dikedai kopi. Tiba-tiba dianggap hero bagi suatu pihak dan musuh bagi suatu pihak.

Teringat saya antara beberapa bidang yang tidak boleh dipolitikkan, iaitu bidang perubatan dan pendidikan. Contohnya, datang seorang pasien dalam keadaan kecemasan. Pasien tersebut merupakan pemimpin parti yang anda paling benci dan paling terkenal dengan korupsinya (hiperbola sangat). Adakah anda akan membiarkan dia mati begitu sahaja atau merawatnya?

Di bawah ini ada rakaman bagi kenyataan rasmi Dr Osman untuk mempertahankan pemeriksaan yang pernah dilakukan dan menafikan beliau terlibat dalam penyiaran hasil laporan tersebut kepada umum.



[1] Pasien = Patient = Pesakit. Tercampur Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia. Malas nak ubah :)

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”