Dalam Otakku (In My Mind)

12:05:00 PG



Dalam minda ni selalu bermain dengan pelbagai cadangan dan rancangan aktiviti-aktiviti yang dapat memberi manfaat. Tapi kebanyakannya tak dapat dibuat. Tak apalah. Saya cuba keluarkan apa yang pernah terlintas di fikiran.

Program Mahasiswa Peduli: Children Of The World
Sewaktu pulang dari berenang di Patra, ternampak sekumpulan kanak-kanak lengkap berjersey seragam dan kasut sukan sedang berlatih bermain futsal. Terdapat jurulatih yang mengawalnya. Ketika itu, saya terfikir; "Gembiranya diorang lengkap pakaian sukan, dapat main bersama ditempat khas futsal. Kalau anak-anak yatim dapat ni mesti diorang gembira".

Dari situ terbit aktiviti-aktiviti yang nak dijalankan. Saya mula juga bertanya pada sahabat-sahabat termasuklah di Malaysia. Terima kasih kerana sudi memberi pertolongan.

Gambaran mengenai apa yang ingin saya lakukan adalah anak-anak yatim dari beberapa Panti Asuhan dikumpul untuk program satu hari bersama mereka. Acaranya diadakan di stadium tertutup bermula pagi dan berakhir lewat petang. Tentatifnya seperti dibawah:

08.00 am : Ketibaan anak-anak pasti asuhan
08.30 am : Senamrobik
09.15 am : Sarapan Pagi
09.45 am : Sukaneka
11.00 am : LDK dan Makan Petang
12.00 am : Solat
01.00 pm : Tayangan Perdana (Upin Ipin)/ Konsert Amal Mini
- Opick
- Shoutul Harakah
02.45 pm : Pertandingan Mewarna
03.30 pm : Solat
04.00 pm : Futsal dan Bola Keranjang
05.00 pm : Penyampaian hadiah
06.00 pm : Tamat dan Pulang
Ianya hanya rancangan kasar yang saya siapkan beberapa bulan lepas. Dinamakan mahasiswa peduli kerana ketika program ini, mahasiswa Malaysia yang berada di Jakarta akan dipilih untuk menjadi Fasilitator untuk sepanjang program. Dari situ hubungan ukhwah dapat terbina. Selain itu, pada penyampaian hadiah, dijemput VIP penting khususnya dari Indonesia dan pemimpin-pemimpin mahasiswa di Jakarta. Tujuannya, supaya program ini dapat dijalankan berterusan. Bukan terhenti disini sahaja.

Antara punca tak dapat dilaksanakan kerana kos program yang tinggi, ketersediaan tempat dan juga saya sibuk dengan ujian.

Globalisation Night
Namanya hebat bukan? Tapi sebenarnya ia hanyalah suatu malam yang tidak ubah seperti Malam Kesenian Islam. Jika disebut kesenian Islam, orang akan melihat ianya sebagai rigid dan tertutup dengan pelbagai jenis peraturan. Kerana itulah dinamakan globalisasi. Secara umumnya, globalisasi bermaksud perubahan. Manusia mengalami globalisasi sejak dari zaman proleolitik lagi. Tapi kenapa globalisasi baru disebut kini? Salah satunya kerana perubahan yang berlaku kini merupakan perubahan yang berlaku secara besar-besaran dalam sejarah manusia hingga memperngaruhi segala aspek sama ada sosial, ekonomi dan politik.

Umumnya program ini bertujuan untuk memperkenalkan mahasiswa dengan tiga perkara yang menjadi persoalan asas wujudnya makhluk bernama manusia yaitu:
a) Dari mana kita datang?
b) Untuk apa kita dijadikan?
c) Arah mana kita akan pergi (kembali)?
Persoalan-persoalan ini jika dilakukan secara teoritikal dengan penyampaian dari slot-slot ceramah hanya mampu menarik minat segolongan pihak sahaja. Oleh kerana itu, jika diadakan dalam satu malam sebegini, ianya menjadi lebih mudah dan menarik minat dari golongan yang lain. Inilah mungkin yang disebut oleh Ustaz Hasrizal berkaitan 'Taubat Sang Pemalas' (boleh cari dalam blognya). Aktivis-aktivis mahasiswa sibuk dan bingung untuk memikirkan seribu satu cara menarik sahabat-sahabat untuk berpartisipasi bersama. Tapi rakan-rakannya masih lagi tidak sedar kepentingannya.

Dalam program ini diselitkan teater tentang bagaimana hebatnya pemerintahan khalifah terdahulu (saya mencadangkan pementasan berkaitan Sultan Al-Fateh). Juga terdapat slot video selingan antara suatu persembahan dengan persembahan lain yang merupakan jalan cerita perjalanan umat Islam dari zaman Rasulullah, Khalifah Ar-Rasyidin dan seterusnya hinggalah jatuhnya empayar tamadun Islam. Tambahan lagi adalah pada malam tersebut juga terdapat pertandingan antara band (bettle of the band). Pastinya lagu dan lirik dari setiap band akan dipantau.

Sukan Wanita (Nisa' Games)
Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada muslimat yang tidak bersetuju dengan beberapa pertandingan sukan yang kami telah jalankan. Saya setuju dengan pendapat kalian dan saya menanggung dosa yang sangat berat kerana program-program tersebut dijalankan semasa saya diberi amanah. Astaghfirullah..

Ketika diadakan program futsal, saya faham terdapat muslimat yang bertanya pelbagai persoalan mengenai ikhtilat, keadaan persekitaran, tempat tertutup atau tidak dan sebagainya. Untuk pengetahuan, saya telah mencadangkan lelaki diadakan futsal dan wanita diadakan bowling. Tapi, akhirnya saya diberitahu cadangan saya tidak diterima dan terus diganti dengan cadangan sebelumnya. Ada yang salah faham mengenai, adakah wanita tidak boleh bermain futsal. Untuk ringkasnya, saya tidak pernah mengeluarkan kata-kata bahawa futsal haram untuk wanita. Yang saya mahu hanyalah diteliti secara rapi perlaksanaan dan pengawasan semasa ianya dijalankan.

Baiklah. Kembali kepada perkara pokok.

Pastinya kalian pernah mendengar mengenai Nisa' Games bukan? Ianya pernah dianjuran oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Yang tersimpan dibenak fikiran saya adalah beberapa acara sukan diadakan untuk wanita, dibuat secara rapi dan tertutup. Sebabnya, Wanita merupakan makhluk istimewa ciptaan Allah :)

Wonderful Weekend
Program ni salah satunya insya Allah kami akan cuba jalankan. Acaranya ringkas tapi teknikalnya agak rumit. Acara utama dijalankan adalah pertandingan DOTA dan pertandingan memasak. Proporsal untuk DOTA akan cuba disiapkan dan secara kasar saya inginkan ianya dijalankan pada 28 Mac 2010.

Jika dilihat, kedua-dua acara yang dijalankan didominasi oleh satu golongan gender sahaja. Jadi tidaklah menimbulkan banyak masalah jika diadakan secara serentak.

Cukuplah untuk setakat ni. Banyak lagi yang ada, termasuklah Minggu Ukhuwwah Halaqah Jakarta, Rehlah Mahabbah, Forum Siswa, Charity Night dan lain-lain.


-----
[1] Semua yang saya katakan diatas adalah acara yang hanya diminda saya, belum tentu pernah disuarakan kepada persatuan, dan pastinya kemungkinan besar tidak dapat dijalankan.

[2] Kebanyakan nama program menggunakan Bahasa Inggeris. Pelik betul. Tak best ke kalau guna Bahasa Melayu? (soalan untuk diri sendiri) q:

You Might Also Like

1 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”