Islamic Book Fair

5:55:00 PTG


Ahad lepas (14/03/2010) merupakan hari terakhir untuk Islamic Book Fair (IBF), Jakarta. Alhamdulillah berjaya juga untuk ke sana. Sebelum ini, niat di hati memang ngin pergi, tapi memikirkan bajet untuk membeli buku tiada, terpaksalah melupakan sekejap.

Kebetulan pada hari tersebut juga terdapat tausyiah Aa Gym di Masjid Istiqlal, jadi singgah sebentar disana. Tiba agak lewat sedikit, Aa Gym dah sampai ke point ke empat rasanya ketika itu yakni ikhlas kepada Allah. Penyampaian Aa Gym lebih kepada Ilmu Tasawwuf, yang disampaikan memang mudah didengar tapi untuk mengamalkan, sangat payah. Teringat kata-kata Ustaz Azhar Idrus (pendakwah bebas berasal dari Terengganu) yang menyebut dalam salah satu kuliahnya bahawa Ilmu Tasawwuf ni untuk disampaikan amat mudah, tapi untuk diamalkan sangat payah. Berbanding dengan Ilmu Fiqh yang perbahasannya agak panjang, tetapi untuk mengamalkannya lebih mudah.

Seusai solat zohor dan makan, kami (saya, Abang Akmal dan Azrin) bertolak ke Istora Senayan, tempat IBF berlangsung. Mungkin kerana teralu ramai yang datang, simpang untuk masuk ke Istora ditutup. Terpaksalah kami berjalan lebih kurang 2km. Yang menariknya, ketika hampir sampai kesana kami lihat ramai bergerak ke tempat sama. Kamipun ikutlah mereka dengan menyangka mereka ingin IBF juga. Tapi peliknya, kebanyakan lelaki memakai kemeja lengkap bertali leher. Wanita pula ada yang memakai skirt. Tak lama selepas tu terdetik untuk bertanya kepada pengawal yang bertugas. Rupa-rupanya, mereka semua menuju ke suatu acara keagamaan Kristian. Kamipun segera berpatah balik. Nasib tanya awal-awal.

IBF penuh dengan lautan manusia. Ada rombongan dari pesantren-pesantren, sekolah dan macam-macam lagi. Banyak juga buku yang menarik. Buku-buku Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang lama-lamapun ada. Dulu saya sangat suka tulisannya walaupun tak kenal siapa yang menulisnya. Selain tu, buku sirah tulisan Maulana Yusuf al-Khandalawi juga ada. Yang saya ingin punyai sekarang hanyalah Syamail Muhammad saw karya Imam at-Tirmidzi. Alangkah bagusnya kalau Biro Agama UMSA dapat menganjurkan majlis ilmu yang membahaskan kitab ni. Semakin kita kenal Rasulullah, semakin cinta kita padanya. Dan setiap kali mendengar keperibadiannya dapatlah kita amalkan sedikit demi sedikit sunnah baginda. Insya Allah.

Buku itulah sumber ilmu, tetapi dalam berilmu, biarlah berguru. Jika sahabat-sahabat ingin mendengar perbahasan tentang kitab Syamail Muhammadiah tersebut, ni ada pautan video yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazrul bin Mohd Nasir, mahasiswa Universiti Al-Azhar, Mesir. E-book kitab ini juga ada di internet, cuma saya belum menjumpai e-book yang lengkap.

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”