Pahitnya Sabar

11:57:00 PTG


Tahun 2007, ketika itu bulan Ramadhan menjelma dan kami sedang bersiap sedia untuk ke Sijil Perlajaran Malaysia (SPM). Oleh kerana sedang puasa, waktu makan tengah hari kami dapatlah diisi dengan berehat sebentar. Selepas solat Zohor saya mengambil keputusan untuk membaca quran sebentar dan berehat di surau.

Tiba-tiba datang rakan menyapa, “Weh, farid ada mentor mentee kimia la petang ni.”

Saya terpinga-pinga. Tak tahu ada perubahan jadual, lalu segera untuk mengambil buku di kelas dan bergegas ke dewan sekolah. Di kelas sekali lagi rakan menyapa,

“Dah jumpa Cikgu Azwan tak? Tadi dia round sekolah cari kau.”

Hati saya berdebar-debar. Saya bersedia menerima hukuman kalau benar salah sendiri. Tapi tanpa apa-apa pemberitahuan yang sampai kepada saya membuatkan saya agak kurang senang.

Tibanya ke dewan saya disuruh berjumpa Cikgu Azwan di depan dewan.

“Awak pergi mana tadi? Puas saya cari awak tau,” Cikgu Azwan yang merupakan guru Kimia kelas saya bertanya. Beliau seorang guru muda tetapi saya sukakan cara pengajarannya yang mudah difahami. Beliaulah yang membuatkan saya minat kepada subjek Kimia.

“Err, saya dekat surau tadi cikgu. Saya tak tahu ada kelas petang ni.”

“Kamu jangan cuba tipu saya. Sekarang dah la bulan puasa ni, kamu nak tipu saya lagi eh,” terkejut saya dikatakan begitu.

“Betul cikgu. Memang saya tak tahu,” saya cuba mempertahankan diri.

“Sekarang tengah puasa tahu tak. Kamu menipu lagi. Kamu jangan cuba buat saya marah!” Cikgu seolah-olah tak mahu mendengar penjelasan dari saya langsung. Jadi sayapun mengambil langkah mudah dengan berdiam diri dan biarkan cikgu bercakap sendiri. Jika diikutkan hati, darah panas saya nak sahaja bertekak dengan cikgu. Saya biarkan dengan hanya menyemat dendam dalam hati.

Dendam saya terhadap Cikgu Azwan, ‘Saya akan buktikan untuk mendapat A untuk subjek Kimia dalam SPM dan A saya tu bukan disebabkan cikgu yang tolong!’

Hasilnya, saya hanya mendapat B3 dalam subjek Kimia. Sekali lagi terbukti dendam tersebut tak pernah dapat mengatasi keberkatan ilmu seorang guru. Peristiwa yang sama juga pernah berlaku ketika saya di Tingkatan 3, sedang bersedia menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Khamis lepas, hati saya sekali lagi memberontak untuk berdendam pada guru. Sehari sebelum itu, seluruh pelajar mendapat Kartu Hasil Studi (KHS), kecuali saya dan beberapa pelajar yang tidak hadir. Nasib ketika itu Ibu Flora yang sopan membuatkan saya membiarkan KHS saya diuruskan walaupun terlewat sedikit.

Keesokannya, inkuiri saya meminta-minta untuk mengetahui keputusan KHS iaitu merupakan keputusan bagi semua subjek yang diambil pada semester lepas. Selepas mengisi Kartu Rencana Studi (KRS) secara online (kononnya online) dan sementara menunggu diprint KRS tersebut, saya membuka menu KHS untuk memeriksa keputusan semester lepas.

Tanpa saya sedari Dr. Wani ada di belakang saya. Beliaulah yang sepatutnya mengeluarkan KHS tersebut.

“Kamu buka apa?” Tanya Dr. Wani.

“Err, saya mahu periksa KHS sebentar doc. Kemarin KHS saya belum dapat lagi.”

Lalu bergemalah laboratorium komputer tersebut dengan suara Dr. Wani memarahi diri saya. Subhanallah malunya rasa diri. Tangan ni terasa ringan untuk menghentak komputer buatan sepuluh tahun yang lepas tu. Panas baran terpaksa saya tahan dengan kesabaran. Beliau pensyarah saya, tetapi sekarang beliau juga yang memalukan saya.

Dengan membuat muka tak ambil peduli, saya membiarkan Dr. Wani dan menyelesaikan KRS yang tadinya siap diprint. Saya berjumpa Ibu Flora kembali kerana Dr. Wani berjanji pada hari sebelumnya untuk menyelasaikan hal KHS saya dengan berjumpa dengan Ibu Flora. Rupa-rupanya apa yang dikatakan semalam hanya janji kosong. Sedikitpun tak dicatat dan dimaklumkan pada Ibu Flora.

Apabila tiada kelibat Dr. Wani di Lab Komputer, saya sekali lagi masuk untuk memeriksa KHS. Malangnya, senarai markah untuk semester 3 saya kosong! Dah la belum diprint, isipun belum lagi. Tak berbaloi untuk saya berdiam diri tadi.

Biarlah apapun. Dia tetap dosen saya dan yang dilakukan diluar keahlian beliau. Mestilah ada kesilapan.

Bercakap kosong tanpa sebarang penyelesaian tak berguna juga. Berdegang degung dalam Facebook untuk mencarut tu sia-sia. Saya terfikir beberapa cadangan untuk Ukrida.

i.
Ukrida perlulah melantik penjawat yang sememangnya ahli dalam pengurusan maklumat untuk menyelesaikan tugas-tugas pendaftaran dan pengaturan jadwal pelajar. Biarlah ianya diuruskan oleh mereka yang spesifik bukannya dilonggokkan kepada pensyarah-pensyarah.

ii.
Pelajar Malaysia disini Insya Allah semuanya akan naik semester. Penaja kami membayar yuran penuh pendaftaran bagi setiap pelajar untuk setiap semester, tidak kiralah pelajar tersebut mahu atau tidak mahu. Jadi apalah salahnya pihak Ukrida mendaftarkan kami yang hampir separuh bilangannya bagi angkatan 2007 dan 2008 secara automatik. Kami ingin memudahkan urusan Ukrida. Tak perlulah lagi bilangan pelajar yang ramai untuk beratur memasuki Lab Komputer yang hanya satu-satunya terdapat di Fakulti Kedokteran dan jumlah komputernya lebih kurang 40 buah sahaja. (Saya teringat ketika di SMK Putrajaya 1 dahulu. Terdapat 4 buah Lab Komputer dan setiapnya mempunyai lebih 30 buah komputer. Di kelas pula, setiap kelas dilengkapi dengan 7 buah komputer dan sebuah televisyen. Itu hanya sebuah sekolah menengah bukannya universiti).

iii.
Pengumuman dan penyusunan jadwal perlulah bersistematik dan yang paling penting dikeluarkan AWAL. Bukannya sehari dua sebelum hari tersebut, baru dimaklumkan. Ketika mendaftar Semester Pendek tempoh hari, pelajar angkatan 2007 diberitahu waktu pendaftarannya secara mendadak. Hari ini perlu isi, hari ni juga baru nak ditampal notis.

iv.
Bilangan pelajar Islam di Ukrida melebihi 200 orang tetapi musollah yang terdapat di Ukrida hanya mampu memuatkan kurang 10 orang dalam satu-satu masa. Itupun dalam keadaan ruang muslimin dan muslimat yang bercampur. Dikhabarkan Ukrida akan menyediakan surau baru kepada kami, tetapi sehingga sekarang tiada lagi diketahui dimana surau baru tersebut. Surau yang dalam proses pembinaan di tangga lantai 3 sudahpun terbengkalai. Ketika seminar yang dianjurkan baru-baru ini, yaitu seminar pertama kali dibangunan baru, peserta seminar masih lagi terpaksa ke bangunan lama untuk solat di musollah tangga tersebut. Agak memalukan dengan audiotorium yang cantik dan besar, tetapi ruang surau masih kecil dan kurang selesa.

v.
Pernah suatu ketika Biro API UMSA cuba untuk menampal poster sebagai tanda kempen tentang Palestin. Malangnya ianya tidak dibenarkan oleh Ukrida atas dasar ianya mengganggu hubungan diplomatik antara negara. Saya tidak paham hubungan diplomatic yang bagaimana. Adakah kuffar zionis yang merampas tanah dan menamakannya sebagai Israel tersebut diiktiraf sebagai negara? Mudahnya, kami jalankan kempen kemanusiaan Palestin dan Ukrida tidak sukakan kemanusiaan entah atas dasar apa.

Cukuplah sekadar 5 point di atas. Rasanya dah terlebih banyak menulis ni. Apa-apapun selamat memasuki semester 4 buat angkatan 2008 dan selamat memasuki semester baru buat angkatan lainnya.

You Might Also Like

1 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”