Generasi Al-Quran Yang Unik

10:46:00 PG


Apabila membeli alat elektronik pastinya kita disertakan dengan buku panduan. Lebih-lebih lagi mendapat alat yang sangat kita impikan, boleh jadi tak tidur malam hanya untuk membaca buku panduan untuk diaplikasikan. Umpamanya membeli iPhone atau kamera DSLR, puas dibacanya setiap muka surat buku panduan (kecuali yang tulisan bahasa yang tak difahami). Lalu dicuba pada alat tersebut. Tak puas lagi dengan yang terdapat dalam buku panduan, buka pula internet untuk cari sebarang artikel atau forum berkaitan. Begitu bersungguh.

Alat elektronik yang fungsinya tak seberapa itupun ada buku panduan, takkanlah manusia ciptaan tuhan yang paling sempurna ini tiada sebarang buku panduan? Soalan mudah sahaja dan jawapannya juga mudah: Al-Quran. Tapi bagaimana kita memperlakukan ianya sebagaimana bersungguhnya analogi buku panduan iPhone di atas?

Generasi Al-Quran Yang Unik
Dalam Ma’alim fith Thariq (Petunjuk Sepanjang Jalan) karya Sayyid Qutb, terdapat suatu bab yang berjudul 'Generasi Al-Quran yang unik'. Biarpun karya ini pernah mencetuskan kontroversi ketika mula dikeluarkan, namun tema Generasi Al-Quran yang unik insya Allah isinya tiada perselisihan besar. Generasi unik yang dimaksudkan oleh pengarang tersebut adalah generasi para sahabat Rasulullah saw.

Kenapakah mereka dianggap unik sehingga Sayyid Qutb mengatakan generasi ini tidak pernah muncul sebelumnya dan tidak akan timbul kembali?

Salah satu sebab utamanya, dasar mereka (para sahabat) terhadap Al-Quran adalah - belajar untuk terus melaksanakan .

Mereka, iaitu para sahabat Rasulullah di dalam generasi pertama itu tidak mendekatkan diri mereka dengan Al-Quran dengan tujuan mencari pelajaran dan bahan bacaan, bukan juga dengan tujuan mencari hiburan dan penglipur lara. Tiada seorang pun dari mereka yang belajar Al-Quran dengan tujuan menambah bekal dan bahan ilmu semata-mata untuk ilmu dan bukan juga dengan maksud menambah bahan ilmu dan akademi untuk mengisi dada mereka sahaja. Bahkan dia pelajari Al-Quran itu dengan maksud hendak belajar bagaimanakah arahan dan perintah Allah dalam urusan hidup peribadinya dan hidup bermasyarakat, juga urusan hidup mereka sendiri dari hidup masyarakat mereka. Dia belajar untuk dilaksanakan serta merta, seperti seorang perajurit menerima, “arahan harian” atau “surat pekeliling” bagi dilaksanakan serta merta!

Juga tiada seorang pun dari mereka yang mencari pelajaran tambahan atau pun arahan tambahan dalam satu majlis pengajian atau suatu majlis taklimat sahaja, kerana dia tahu bahawa yang demikian itu akan menambah beratkan tugasnya, malah kadang-kadang dia cukup dengan hanya sepuluh ayat sahaja sehingga dia benar-benar menghafalnya dan dia laksanakan arahan-arahannya seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud r.a.


Dalam kita menanggapi Al-Quran sebagai pedoman hidup, perkara yang perlu diutamakan juga adalah, bagaimana kita beradab terhadap Al-Quran?


Secara mudahnya, kita bahagikan adab terhadap Al-Quran kepada dua bahagian iaitu adab secara umum dan adab secara khusus.

Adab Secara Khusus
1. Niat baik (Lillahi ta'ala)
Di dalam kitab hadith Arbain (Imam An-Nawawi), hadith pertama yang dibahaskan adalah berkaitan dengan niat. Ini kerana dalam ibadah seharian yang kita lakukan pastinya dimulakan dengan niat. Ketika membaca Al-Quran juga begitu. Janganlah kita meninggikan suara semata-mata mengharap agar orang lain mendengar dan memuji kita.

2. Toharatul jasad (membersihkan jasad)
Membersihkan diri ini salah satunya adalah dengan berwudhuk. Pakailah pakaian yang menutup aurat dan selesa.

3. Fokus terhadap Al-Quran
Seketika masa kita untuk membaca Al-Quran, tumpukan sepenuh masa tersebut dengan sebaiknya. Antara yang dicadangkan adalah untuk di-silent-kan telefon bimbin buat seketika. Janganlah sibuk menunggu dan membalas mesej ketika masa bersama Al-Quran.

Adab Secara Umum
1. Tilawah (membaca)
“Sesiapa membaca sehuruf dari Al-Qur’an maka untuknya satu kebajikan, dan setiap kebajikan digandakan sepuluh kali. Aku tidak berkata Alif-Lam-Mim itu satu huruf, tetapi Alif adalah huruf, Lam adalah huruf dan Mim adalah huruf.”
(HR At-Tirmidzi)

“Mereka yang membaca Al-Qur’an dan dia mahir didalamnya maka ia bersama para malaikat pencatit yang mulia. Mereka yang membaca Al-Qur’an sedangkan ia tidak lancar bacaannya dan payah baginya untuk membaca maka untuknya dua pahala.”
(HR Al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abi Musa al-Ash'ari, beliau berkata: Rasulullah saw telah bersabda: Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti al-utrunjah, baunya harum rasanya enak, manakala perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah kurma, tiada bau tetapi rasanya manis.
(HR At-Tirmidzi)

2. Hifzuhu (menghafal)
Barang siapa yang didalam rongga tubuhnya tidak ada sedikitpun Al-Quran, tak ubahnya bagaikan rumah yang bobrok (ditinggalkan/tidak berpenghuni).
(HR. At-Tirmidzi)

Dari hadits Abu Musa ra, beliau berkata : Bahwa Nabi saw bersabda : “ Jagalah Al-Quran, Demi Dzat yang mana jiwaku berada didalam genggaman-Nya, sesungguhnya Al-Quran sangat mudah lepas daripada seekor unta yang berada dalam ikatannya “
(HR Al-Bukhari)

Ibnu Umar ra telah meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda : “ Sesungguhnya pemisalan seorang penyandang (penghafal) Al-Quran bagaikan pemilik unta yang lagi terikat. Apabila dia memperhatikannya baik-baik tentu dia akan memegangnya dengan erat namun apabila dia melepaskannya maka unta tersebut akan lari darinya “
(HR Al-Bukhari dan Muslim)

3. Belajar dan Mengajarkan
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya”
(HR Bukhari)

Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya
(QS Ali-Imran:79)
*(Huraian Ustaz: Mengajar supaya ingin belajar)

4. Tadabbur
Dari Abu Sa’id, “Ada seseorang mendengar orang lain membaca surah al-Ikhlas dan dia mengulang-ulangnya. Ketika waktu pagi tiba, dia ceritakan hal itu kepada Nabi saw.. Seolah-olah laki-laki itu merasa kurang puas dengan satu kali baca. Maka Nabi pun bersabda, “Demi jiwaku yang berada dalam genggaman-Nya. Surah itu sama dengan sepertiga Al-Qur’an.”
(HR Al-Bukhari)

5. Mengamalkan
Orang-orang yang telah Kami berikan Al-Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan ‘haqqa tilawah’ mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya. Dan barang siapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang merugi.”
(QS Al Baqarah:121)
*(Huraian Ustaz: Yang dimaksudkan dengan haqqa tilawah tersebut adalah melaksanakan dengan sebenar-benarnya. Tilawah pada ayat tersebut bererti melaksanakan).

Dari Buraidah ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang membaca Al Quran, mempelajarinya dan mengamalkannya, maka dipakaikan mahkota dari cahaya pada hari Kiamat, cahayanya seperti cahaya matahari, kedua orang tuanya dipakaikan dua jubah (kemuliaan), yang tidak pernah didapatkan di dunia, keduanya bertanya: mengapa kami dipakaikan jubah ini: dijawab: “kerana kalian berdua memerintahkan anak kalian untuk mempelajari Al Quran”
(HR Al Hakim, Imam Ahmad dan Ad-Darimi)


-----
[1] Ini adalah huraian dari Ta'lim Ustaz Warsito di FK Usakti. Ta'lim ni membahaskan kitab Mukhtasar Minhajul Qasidin. Dalam kuliah hari tu, Ustaz turut mengambil rujukan dari Penunjuk Sepanjang Jalan karya Sayyid Qutb.

[2] Maaf terlambat update. Hampir seminggu dah ta'lim tu.

[3] Terdapat banyak lagi dalil yang diberi oleh Ustaz, tetapi tidak dimasukkan kerana keterbatasan rujukan dan saya tak sempat menyalin.

[4] Pemahaman atas suatu dalil lebih penting daripada timbunan dalil tanpa pemahaman (Huhu. Cakap tak serupa bikin. Saya bentangkan dalil saja tanpa membentangkan huraian penuh oleh Ustaz).

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”