Respon 25hb

2:39:00 PG


Islam merupakan agama yang mudah. Malah ia bertepatan dengan fitrah semulajadi manusia. Di dalamnya tersimpul pelbagai permasalahan manusia yang dapat dirungkai dengan dua pedoman utama yakni al-Quranul Karim dan Sunnah. Apabila telah terpatrinya kalimat tauhid, La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah, maka secara jelas perhambaan diri kita pada Allah.

Ya, kita hamba!

Tidak kiralah anda anak orang kaya, anda pelajar Ukrida, anda AJK PKPMI, ataupun sesiapapun anda, yang jelasnya kita semua adalah hamba Allah SWT. Yang menjadi ukurannya adakah kita mahu menuruti perintah Allah SWT atau kita meninggalkannya, bahkan lebih teruk jika kita menghina hukum Allah SWT, nauzubillah.

Terima kasih pada sahabat yang mengingatkan saya tentang acara hiburan yang akan diadakan nanti. Apabila terjadinya acara begini, tak kisahlah bawah anjuran siapapun, malah jika bawah PKPMI-CJ sendiri, saya amat takut ianya tergelincir dari batas Islam.

Talent’s Day anjuran kelompok pelajar Ukrida yang kebanyakannya angkatan 2007.

Saya tidak terlibat dan menolak untuk membuat artikel berkaitannya di blog Biro Api. Sebabnya, apa yang saya katakan ini hanya pendapat peribadi. Tanggungjawab peribadi, jika tersalah, bukanlah pihak lain yang turut terpalit.

Sebelumnya, saya tidaklah berfikiran Islam radikal, tertutup mahupun jumud. Tapi saya juga menolak sebarang bentuk liberalisme. Jadi, apa yang saya katakan adalah perkara normal yang boleh dilakukan oleh setiap manusia, tidak perlu berkopiah, tidak perlu bertudung labuh dan sebagainya. Anda Islam, maka ikutilah garis panduannya.

Program hiburan merupakan suatu program yang baik. Malah ianya dalam mencungkil pelbagai manfaat. Antaranya adalah merapatkan ukhwah. Ukhwah yang terbina ini wajib terbina atas satu prinsip, atas keredhaan Allah dan mengelak perkara yang mengundang kemurkaan Allah.

Adakah kita mahu membina ukhwah, suatu ikatan yang bersatu atas kemurkaan Allah SWT?
Maka, garis-garis panduan yang ditetapkan oleh Allah SWT-lah yang sebaik-baiknya diikuti. Tiada dalih lagi. Kerana berpegang pada prinsip husnu zon, saya bersangka baik bahawa kesemua AJK Talent’s Day telahpun menyiapkan majlis acara ini sesuai dengan nilai ukhwah yang sebenar.

Bukanlah perlu hadirnya saya untuk menegur, tetapi anggaplah nasihat ini sebagai peringatan. Kita sesama mukmin yang bersaudara, maka peringatan sangatlah penting dan berguna pada kita sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Adz-Zariat: Ayat 55,

Berikanlah peringatan, karena peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman


Tak boleh ke buat Talent’s Day?

Talent’s Day tiada apa masalah. Segalanya baik. Cuma saya ketengahkan pengisian sebagaimana garis panduan yang disarankan.

1. Suatu golongan ini sangat berharga. Namanya wanita atau nama lainnya Cikaro.
Mereka dibenarkan menyanyi dan berlenggok badan HANYA pada mahram. Selain itu? Kitapun boleh fikir sendiri.

Usahlah seorang wanita/perempuan mengalunkan suaranya dikhalayak ramai. Lenggok badannya juga begitu. Alangkah indah jika kalian simpan kesemua itu hanya untuk bakal suami. Bukankah itu lebih berharga?

Semua pelajar Malaysia di Ukrida belajar mengenai anatomi. Postur badan lelaki dan perempuan sememangnya berbeza. Berbeza itu bukanlah untuk ditampilkan, kerana semakin ditampilkan, semakin tak bernilailah benda tersebut.

2. Elakkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan (ikhtilat)
Susah juga ya nak jaga sorang-sorang pelajar. Takkanlah nak perhatikan setiap saat bagi jalan pergaulan mereka. Jadi, pemisahan tempat diantara lelaki dan perempuan perlulah wujud. Sangat perlu. Jangan takutlah pisah-pisahkan ini.

Dua saja peringatan dari saya. Mudah dan praktis. Saya tidak sertakan dalil, jika mahu, bolehlah berhubung terus pada saya. Insya Allah boleh kita duduk berbincang.

Jika kedua-duanya tidak diikuti?
Kerana bimbang hanya dua inipun tidak dapat diikuti, saya tangguhkan untuk sambung yang ketiga dan seterusnya. Jika tidak diikuti, maka ianya tidak bersesuaian dengan aturan yang ditetapkan Tuhan yang menghidup dan mematikan kalian. Apakah bisa kita turut menyokong atau sekadar berdiam diri? Ketuk dada, tanya iman.

Akhirnya saya ambil kembali apa yang pernah saya tulis pada artikel lepas,
Bukanlah niat menegur kerana merasa diri ini paling sempurna, cuma yakin, jika menunggu orang paling sempurna untuk menegur, maka tiadalah antara kita yang akan muncul untuk mengambil tempat itu kerana tiada antara kita yang sempurna.

Wallahu 'alam.

You Might Also Like

1 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”