Ramadhan 1: Madrasah Latihan

3:22:00 PTG


Banyak kali bertangguh untuk menulis. Bercadang untuk menulis pada 1 Ramadhan lagi, tapi ada saja halangan (kemalasan diri).

Ramadhan kali ini tiba seusai usrah. Usrah yang saya lewat untuk hadir kerana melepaskan geram post-exam dengan bermain bowling. Tapi perkara yang dapat saya tangkap melalui usrah tersebut ialah:

"Bagaimanakah kita merancang untuk memaksimalkan Ramadhan kali ini?"

Ianya merupakan introspeksi kembali selepas usrah sebelum ini. Jika sebuah kereta, tidaklah boleh kita langsung gunakan sebelum dipanaskan enjin, begitu juga kita. Kita perlukan persiapan untuk medan Ramadhan. Hari ini andai masih lagi membaca sehelai al-Quran sehari, bagaimana apabila Ramadhan terus kita melonjak ke satu juzuk sehari? Memang tidak dinafikan ianya boleh dilakukan. Tapi bimbang, akhirnya kita tak dapat untuk istiqamah.

Allah berfiman dalam Surah Al-Anfal, Ayat 60:

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya."

Dalam ayat diatas, kita apa yang ditekankan adalah persediaan. Suatu anggota tentera perlukan persediaan sebelum berperang. Namun kelengkapan apakah yang perlu kita sediakan?

Madrasah Ramadhan
Ramadhan sering dikaitkan sebagai sebuah madrasah. Madrasah merupakah sebuah tempat bagi mendidik (tarbiyyah). Bagaimanakah bulan Ramadhan ini dapat mendidik diri kita?

Masyarakat Barat mula mengkaji mengenai teori pelaziman. Sebagai contoh, teori pelaziman klasik (pernah diajar ketika semester 2) yang dilakukan oleh Pavlov. Beliau membuat pelaziman (berulang) kepada seekor anjing dengan membunyikan loceng lalu menghidangkan makanan pada anjing tersebut. Pastinya jumlah kuantiti air liurnya akan bertambah akibat rangsangan makanan. Namun apabila sudah dilakukan kebiasaan, kuantiti air liur anjing tersebut akan bertambah hanya dengan membunyikan loceng sahaja tanpa memerlukan dihidangkan makanan.

Kenapa ini berlaku? Kerana ianya dilakukan secara lazim.

Sebagai contoh lain, apabila kita mahu menghafal, apa yang akan dilakukan? Caranya pasti dengan baca berulang kali selain memahami apa yang dihafal.

Kaitannya dengan Madrasah Ramadhan ini, ia melatih kita untuk terus melakukan amal secara istiqamah iaitu menerapkan pelaziman setiap hari. Kita akan menguji diri kita samada istiqamah dalam solat malam, membaca quran dan sebagainya. Dengan harapan, perkara yang lazim kita lakukan ini akan menjadi kebiasaan bagi bulan-bulan berikutnya.

Di masjid-masjid sekitar Jakarta, bulan Ramadhan menyaksikan bilangan jemaah yang paling ramai, hatta solat subuh sekalipun! Perkara ini sangat menggembirakan. Namun kadangkala, kita leka hingga bilangan jemaah akan menyusut sehari demi sehari. Suatu pelaziman tidak berlaku sepanjang bulan, hasilnya, istiqamahnya jemaah dalam bulan-bulan berikutnya makin berkurang.

Jadi dalam bulan ini, sasarkanlah target yang ingin kita capai. Ambil sehelai kertas, catatkan target kita lalu tampal ditempat yang selalu kita lihat. Sebagai contoh hal yang ditargetkan:
  • Mengurangkan mengumpat
  • Solat fardhu berjemaah
  • Solat sunat mengiringi waktu dilakukan
  • Tilawatul Quran 10 helai sehari

Lalu, kita introspeksi hari demi hari, adakah telah kita mulakan atau tidak. Hal ini hampir sama dengan mutaba'ah amal. Bolehlah dapatkan mutabaah amal di blog Halaqah Jakarta pada ruangan flash_widget. Contoh lain bagi mutaba'ah amal adalah:

Terawih
Pada solat terawikh pertama, berlaku sedikit kekeliruan mengenai bilangan rakaat solat sunat terawikh yang shahih. Sebelum ini saya memang sedia maklum mengenai panitia masjid yang menginginkan dilakukan 2 rakaat 1 salam. Tahun ini merupakan tahun pertama Masjid Nurul Hikmah melaksanakan solat terawikh sebegitu kerana sebelum ini, yang diamalkan adalah 4 rakaat 1 salam.

Alhamdulillah ustaz yang hadir sebagai penceramah memberi penjelasan berdasarkan kitab Fiqh Sunnah karangan Sayyid Saabiq.

Kedua-duanya bilangan rakaat boleh dilakukan, cuma pastikan kita tahu mengenai dalilnya.

Teguran/Nasihat
Saya suka menerima teguran dan nasihat. Walaupun tak dinafikan kadang kala terasa sedikit, tak mengapalah.

Pernah apabila ustaz-ustaz muda menyertai parti politik berasaskan bangsa, saya menulis status difacebook, menandakan kurang bersetuju. Saya tahu, sahabat-sahabat saya dari aliran sunnah/salafi pastinya kurang bersetuju dengan status saya.

Memang kadang kala kita susah menerima teguran. Ketika saya mengikuti tabligh, saya menegur tabligh yang lebih banyak amal tapi kurang berinisiatif untuk mencari ilmu. Pastinya sahabat saya dari tabligh sukar menerima. Sepertimana, jemaah haraki berasaskan Islam di Malaysia, saya juga pernah menyatakan pandangan mengenai tarbiyyah kalangan pemuda parti tersebut yang lesu. Pastinya sukar untuk diterima. Begitu juga salafi, yang marah bersikap hizbi, taksub dan ta'lid, namun penghujung ada juga yang bersikap demikian.

Ianya hanya untuk menyedarkan diri saya terutamanya. Jadi janganlah mudah terasa. Apabila mendapat teguran, kita muhasabah diri kita. Jangan mudah menyatakan, orang tersebut belajar dari internet, tidak berguru, mengambil sumber-sumber tanpa tahu dari mana dan sebagainya.

Cerita lain
Baru-baru ini juga, sahabat-sahabat Malaysia yang menuntut di Perancis dan Poland hadir berjaulah di Jakarta. Alhamdulillah saya sempat mengikuti satu slot bersama pelajar Perancis. Dari Poland pula, saya tidak sempat berta'aruf kerana terlelap awal dan pagi esoknya saya langsung pulang hingga terlupa untuk berjumpa dengan mereka.

Menarik apabila dapat mendengar kisah-kisah perkongsian. Dunia berbeza, pastinya banyak kisah untuk dikongsi bersama.

Program Palestin yang dilakukan sebulan lepas masih lagi saya ingati. Pesan-pesan Dr Haleem kadang bermain difikiran. Moga ianya tidak luput hanya sementara.

Saya bercadang untuk menulis ulasan mengenai buku Perkara-perkara Membatalkan Amal. Malangnya masih tak jumpa buku tu, mungkin dipinjam kot.

Sekian, Salam Ramadhan!


You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”