Qalbu

4:18:00 PTG


Lama sangat tak kemaskini. Blog ni dah umpama hidup segan mati tak mau. Saya sedang menghadapi penyakit qalbu sekarang ini. Ya, penyakit qalbu!

Seperti yang pernah dibahas oleh Dr MAZA dalam artikel di blognya, penggunaan hati pada istilah qalbu adalah kurang tepat. Penggunaan yang lebih tepat adalah jantung ataupun jantung-hati.

Terdapat dua jantung, satunya dari segi fizikal dan satunya dari segi spiritual. Kedua-duanya mempunyai peran yang berbeza. Sama ada penyakit jantung fizikal, dan penyakit jantung spiritual, mana satu yang lebih bahaya?

Boleh jadi, orang yang sihat fisiologis jantung fizikal, tapi rosak dalam jantung spiritualnya. Begitulah juga sebaliknya. Boleh rujuk 2 artikel Dr Maza mengenai jantung ini;

1. Jantung Bukan Hati
2. Antara Dua Jantung

Insya Allah esok, saya akan menghadapi peperiksaan Integrasi 2 berkaitan penyakit jantung (qalbu). Sekarang sedang di blok Sistem Kardivaskular 2, membahaskan patologis (kelainan/penyakit) yang terjadi pada jantung ataupun pembuluh darah. Hipertensi (Darah tinggi), Stroke, Penyakit Jantung Kronik, Penyakit Jantung Reumatik, Koroner, Gagal Jantung, dan banyak lagi. Satu modul perlu dihafal.

Doakan supaya dipermudahkan.

Robbi yassir, wa la tuassir..

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”