Selasa, 30 November 2010

Selingan

Tak tahu apa yang nak dikemaskini. Bulan November dan Disember agak sibuk. Maaf tiada apa manfaat yang boleh dikongsi.

Cuma ada video untuk para sahabat. Dibuat lebih 5 bulan yang lalu. Hanya lirik untuk dihayati. Khas untuk anak perantau jauh mahupun dekat.



Pabila ku berada dikejauhan | Adakalanya ku rasa kesepian | Asyik terkenang kampung halaman | Dan jua teman-teman... | Dikala itu kan ku rasa agak kelemahan untuk berjuang | Melihat mereka berbahagia disamping yang tercinta kegembiraan | Ku kesepian.. | Mujur ada teman seperjuangan | Menyatakan kita harus teruskan | Perjuangan ini demi mencari keredhaan Ilahi | Masa muda dilalui hanya sekali | Pergunakannya agar kau tidak kesali di esok hari | Ketenangan ada disini | Tak jumpa kerana kau tak mencari | Kebahagian tersirat dihati | Tak rasa kerana kau tak menghayati

Khamis, 4 November 2010

Bulatan Syabab



Cuma memperkenalkan kepada satu lagi blog saya, Circle Of Syabab. Blog ini menggunakan tapak tumblr. Hanya untuk letakkan gambar-gambar. Jika gunakan blogger, gambar akan di-compress-kan. Jadi kualitinya agak sedikit berkurang.

Mungkin tak banyak gambar yang akan saya masukkan. Cukuplah sekadar ada. :)

Silakan,
http://faridasyraf.tumblr.com

Selasa, 2 November 2010

Facebook

Photobucket

"Tuppp!!"

"Eh, takde api la!"

"A'ah. Kenapa ya?"

"Ko pergi la check. Nak buat macam mana ni? Gelap laa.."

"Kejap, aku update facebook dulu."

Isnin, 1 November 2010

Sempurna

Photobucket
[Gambar] Muara Angke: Berakhir sebuah perjalanan, bermula sebuah ukhuwwah.

Antara kita tiada yang sempurna. Kita tak dapat lari dari kesalahan. Kita tak dapat lari dari kesilapan.

Saya juga begitu.

Saya tidak sempurna. Jauh dari kalimat tersebut.

Pada saya mungkin tersirat dosa yang tinggi menggunung. Saya tertarik akan kata-kata ini;

"Jika kalian memandang saya mulia, mungkin bukan kerana kemuliaan yang ada pada saya, tetapi kerana Allah menutup keaiban pada diri saya."

Ya, benar.
 
"Perjuangan hidupku, Hanya memburu cita yang satu, Dan kebahagiaan, Akan kuburu walau di mana, Walaupun sengsara, Putus asa tiada sekali, Kerna ia adalah, Keredhaan dari Tuhanku, Jikalah Islam di puncak tinggi, Akan kuterus jua mendaki, Jika ia di hujung dunia, Kerna Islam kuterus berjuang,"