Ujian 22 (1)

8:00:00 PTG

Insya Allah, esok akan menempuhi Ujian Integrasi 1 bagi Blok Neurology and Behaviour Science. Nama blok (mungkin lebih difahami jika disebut modul) menggunakan Bahasa Inggeris, tetapi pembelajaran tetap menggunakan Bahasa Indonesia.

Blok ini banyak membahaskan mengenai penyakit-penyakit yang berhubungan dengan saraf dan kesihatan jiwa. Agak menarik belajar mengenai Kesihatan Jiwa (Mental Health), tetapi isi kandungan yang sangat banyak ini agak melelahkan.

Doakan semoga dipermudahkan urusan pada esok hari.

Rabbi yassir wa la tu'assir.

You Might Also Like

1 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”