Kongres 2

4:25:00 PTG

Minggu depan ada Ujian lagi. Dan benarlah, hidup ini penuh dengan Ujian. 

Kata sahabat, "dalam kubur nantipun ada ujian, kena soal dengan malaikat lagi.."

Jadi saya kemaskini (update) blog secara ringkas. Pada 4 Februari 2011 yang lepas saya berkesempatan menyertai Kongres PKPMI, di Bali. Ini merupakan Kongres kedua yang disertai selama saya di Indonesia. Teringat lagi ketika tahun pertama, tak pernah aktif dalam PKPMI, tiba-tiba diberi amanah yang sangat berat.  Terus dilantik sebagai nydp*. Astaghfirullah. 

Seterusnya, pada tahun kedua saya bertekad untuk tidak menyambung untuk menyertai mana-mana persatuan. Tapi hasil liqo', saya dipilih untuk terus mengambil amanah dalam persatuan. Tujuannya bagi membuka laluan tarbiyyah.

Pelan perancangan 5 tahun saya tak ditepati, jadi terpaksa mengambil jawatan tersebut. Dalam minda saya, yang tercatat, 'hanya wadah tarbiyyah'. Tapi hasil introspeksi dan pengalaman diri, bukanlah perkara yang mudah. Kata seorang akhwat pada saya, "nak bina Persatuan Islam atau nak Islamisasikan Persatuan?"

Sebagai catitan, saya menyeru untuk yang berusrah, sertailah persatuan. Jangan eksklusifkan diri. Bila ada kemungkaran baru muncul, tapi sebagai agen amar makruf dalam persatuan, hilang 'orang-orang tarbiyyah' ni. Saya faham bahawa dalam tarbiyyah ada peringkat. Tapi, ianya tak menghalang untuk kita bergerak dan bergaul dengan semua golongan. Yang penting, gaul tapi berbeda!

Sebelum Kongres, saya dah bertekad untuk tidak dinaikkan ke peringkat PKPMI Pusat. Cukuplah bulan Mei nanti sebagai penghujung saya terlibat aktif dalam mana-mana persatuan. Bukan malas tapi atas faktor kurang berminat dengan politik dan faktor akademik. Ada terfikir untuk tidak 'membuka mulut' bagi memberi masukan dan bantahan sepanjang Kongres, tujuaannya supaya tak dikenali dan tidak dicalonkan jawatan. Tapi, itu membazir duit kerajaan. Walhasil, saya dicalonkan sebagai ydp* PKPMI Pusat. Alhamdulillah, saya menolaknya. :)

Semasa menolak, saya katakan akan Ko-as (klinikal) tak lama lagi. Jadi selepas tu, ramai yang bertanya, "..dah nak koas kan?" Huhu. Sedangkan setahun lagi saya akan Ko-as, itupun jika dapat langsaikan hutang Semester Pendek (SP).

Sepanjang di Bali, saya tak sempat kemana-mana. Sampai disana lewat malam, esoknya berkongres, waktu malam saya banyak habiskan masa bersama Atase Agama dan rakan-rakan pkp, dan hari terakhir terdapat dialog sebelum langsung bergegas ke Bandara (Airport). Saya mengenal Bali hanya pada Dewan Kongres dan Bandara. Maaf buat yang kirim souvenir, memang benar-benar tak sempat.

Begitulah ceritanya. :)

Doakan semoga dipermudahkan menjawab Ujian Minggu ini yer sahabat-sahabat sekalian. 

Tambahan, jangan lupa Ta'lim Ust Muchlis pada Selasa (15 Feb) dan Ta'lim Pagi Ust Firdaus pada Sabtu (19 Feb). Kedua-duanya di Masjid Nurul Hikmah.

Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat diambil sewaktu perjalanan ke Bandara untuk pulang ke Jakarta. Diambil dari dalam Bas, ambil mana yang sempat je. Bali sebenarnya besar juga, tapi jalannya kecil dan sempit.



*Semua perkataan berkaitan jawatan saya kecilkan. Takut dengannya. Antara syurga dan neraka.

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”