Tulisan, Buku dan Input

2:17:00 PTG

Kali pertama saya menulis blog ini adalah pada bulan Ogos 2008. Ketika itu baru saja tiba di Tanah Jawa ini. Kini, sudahpun April 2011. Hampir 3 tahun sudah umur blog. Tetapi umur blog tidak melambangkan apa-apa. Penulisan semakin berkurang, dan artikel-artikel ilmiah jarang saya dapat siapkan.

Mungkin sebabnya adalah kurangnya input dalam diri, ataupun terlalu lama menangguhkan penulisan, ataupun saya lebih tertumpu pada mini-blog iaitu Facebook. Ketiga-tiga sebab tersebut semuanya benar.

Pada pesta buku yang lalu, saya akui, banyak buku yang saya impikan untuk dimiliki. Tapi dalam simpanan saya masih banyak lagi buku yang tak terbaca, termasuklah buku-buku Medik. Malu pada buku. Dalamnya tersimpan khazanah ilmu, tinggal untuk kita baca dan fahami saja.

Kelmarin, terdapat sahabat yang menghadiahkan saya dengan buku-buku. Terkelu lidah untuk menerimanya. Jazakallah khairan khatira. Ini antara buku pemberiannya:

Pemikiran Islam Di Malaysia karya Dr Abdul Rahman Abdullah, Anekdot karya mahasiswa Malaysia di Bandung, Takwa: Takut Tapi Rindu karya Tuan Guru Haji Abdul Awang dan Model Manusia Muslim Abad 21 karya M. Anis Matta.

Alhamdulillah, sebahagian daripada buku ini memang buku yang ada dalam checklist minda untuk dimiliki. Buku Anekdot merupakan himpunan daripada blog-blog para Mahasiswa yang bernaung di bawah Islamic Malaysian Assocation (IMAN) di Bandung.

Buku Model Manusia Muslim Abad XXI pula ditulis oleh Anis Matta. Kenalkah anda pada beliau? Bagi mereka yang mengikut perkembangan harakah Islamiah di Indonesia, pastinya sinonim dengan nama tersebut. Beliau merupakan Seketeriat Jenderal (Sekjen) Partai Keadilan Sejahtera (PKS). PKS merupakan parti Islam yang ditubuhkan pada tahun 1998 dengan menggunakan nama Partai Keadilan, tetapi setahun kemudian diubah menjadi Partai Keadilan Sejahtera.

Salah seorang murabbi bagi PKS adalah Allahyarham Ustaz Rahmat Abdullah. Kisah biografi beliau pernah difilemkan dan ianya merupakan inspirasi buat para daie. Mungkin bagi sahabat di Malaysia, sebahagian belum tahu mengenai kewujudan filem Sang Murabbi, anda boleh tonton filen ini di Youtube: Sang Murabbi

Baiklah, berbalik kepada Akh M. Anis Matta. Berikut saya paparkan video salah satu pidato beliau yang mampu membangun jiwa anak muda:

Idea-Idea anak muda seperti inilah yang diperlukan oleh sebuah bangsa.

Begitu sajalah untuk saya sebutkan. Buku-buku tersebut adalah input buat diri saya. Dan, insya Allah akan saya kongsikan. Blog ini mungkin akan menjadi pengganti Facebook, yang akan dipadamkan setelah meletak jawatan dalam PKPMI-CJ. Telah lama saya bercadang untuk non-aktifkannya, tapi atas dasar tanggungjawab, saya teruskan Facebook sebagai wadah makluman dan informasi.

Akhir kata, bergaullah dengan semua masyarakat, dari 'mat disko' hinggalah kepada 'budak surau', untuk kita mengenal dunia. Tetapi diatas segala hal tersebut, batas-batas pergaulan perlulah dijaga. Umpama kata seorang sahabat, "kita gaul, tapi kita berbeda".



_____________
[1] Tulisan ini cacamerba, secara santai dan tidak difokuskan pada mana-mana topik.

[2] Datang ke Indonesia, carilah pelbagai pengalaman dan added value untuk dibawa pulang ke Tanah Air. Kerana itu saya menceritakan serba sedikit PKS, bukan bermaksud politik. Tak kenal, maka tak cinta. :)

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”