Ayuh, bersegeralah!

8:43:00 PTG


Hari ini sudahpun 12 Rejab 1432H. Rejab akan berganti Syaaban, seterusnya Ramadhan.

Ayuh, kita bergegas menyambutnya.

Kata rakan, "Kita bermula sekarang dengan start enjin, masuk gear satu, supaya mudah apabila tiba Ramadhan nanti untuk masuk gear seterusnya dan pecut!"

Bagaimana mempersiapkan diri?

1. Tilawah al-Quran
Mula dengan secara istiqamah walaupun bilangan sedikit. Sebagai contoh, kebiasan membaca dua halaman, ditambah ke empat halaman setiap hari. Biarpun sedikit, yang paling penting, berterusan (istiqamah)! Siapkan target kita untuk Ramadhan. Adakah mampu untuk khatam Quran dalam sebulan nanti? Jika mampun, pastinya kita perlu baca sebanyak satu Juz setiap hari. Satu Juz mengandungi kurang lebih 20 halaman. Bagaimana untuk habiskan? Rancang dari sekarang. :)

2. Puasa sunat
Bagi muslimat (kaum hawa sekalian), sebelum puasa sunat, jangan lupa untuk ganti puasa Ramadhan kelmarin. Pastikan telah langsai hutang tahun lepas. Kemudian, baru tumpukan puasa sunat. Bergantung kemampuan kita, sama ada mahu puasa Isnin Khamis, puasa tanggal 13,14 dan 15 setiap bulan serta puasa Nabi Daud (puasa selang sehari).

Antara dalilnya:
Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab; “Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku” (HR Imam Muslim).

“Sesungguhnya puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud; beliau tidur separuh malam, bangun (mengerjakan solat) sepertiganya dan tidur semula sepernamnya. (Adapun puasa pula) beliau berpuasa sehari dan beliau berbuka (yakni tidak berpuasa) sehari” (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.)

“Berpuasa tiga hari pada setiap bulan seumpama berpuasa sepanjang masa” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.).

Abu Hurairah r.a. juga pernah menceritakan; “Temanku (yakni Rasulullah s.a.w.) telah mewasiatkanku dengan tiga perkara;
1. Berpuasa tiga hari pada setiap bulan.
2. Mengerjakan dua rakaat solat dhuha.
3. Menunaikan solat witir sebelum aku tidur”.
(HR Imam Bukhari dan Muslim)

3. Qiamullail
Apa tu qiamullail? Ia dari perkataan qiam yang bermaksud berdiri dan al-lail bermaksud malam. Secara ringkas, qiamulullail ini merupakan ibadah pada waktu malam. Sama ada solat, berdoa dan berzikir (tilawah quran dll). Amalan ini agak berat. Hehe. Jadi untuk ringankan, perlulah dilatih terlebih dahulu. Supaya dapat buat istiqamah dan tidak pancit dipertengahan jalan.

Mungkin ini sahaja yang dapat saya kongsikan. Nanti mungkin ditambah lagi. :D

Yang paling penting dari atas ni adalah niat dan perancangan. Rancanglah Ramadhan kalian sebaiknya. Berikut ada sedikit perkongsian, bahan terbitan Productive Muslim. Jika tidak jelas, klik sini untuk besarkan.

Ramadan Report


------------------
[1] Catatan ini ditulis beberapa hari yang lalu. Hari ini sudahpun 15 Rejab 1432H.

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”