Jumaat, 15 Julai 2011

Pesanan Julai

3 Julai 2010
Kami menunggu di Bandara (airport). Menanti waktu berlepasnya penerbangan Dr Syed Haleem ke Kuala Lumpur. Dr Syed Haleem, merupakan salah seorang sukarelawan Malaysia ke Misi Flotilla I.

Sambil-sambil itu, kami berdiskusi.

Sebelum menamatkan diskusi, kerana pesawat telah sedia tiba. Dr Syed berpesan,

"Farid, nta kalau nak berkahwin nanti, carilah pasangan yang memang ikut tarbiyyah. Nanti kita nak buat 'kerja', senang.."

Tersenyum dan terpinga-pinga.

'Kenapa tiba-tiba Dr Syed masuk bab ni pula?' bertanya sendirian.

Lalu kami bersalam dan Dr Syed memasuki ruang untuk berlepas.

Dr Syed Haleem (kiri) bersama Ust Ferry Nur, sukarelawan Indonesia ke Gaza.

1 maklum balas:

incik berkata...

selamat pengantin baru!=D

 
"Perjuangan hidupku, Hanya memburu cita yang satu, Dan kebahagiaan, Akan kuburu walau di mana, Walaupun sengsara, Putus asa tiada sekali, Kerna ia adalah, Keredhaan dari Tuhanku, Jikalah Islam di puncak tinggi, Akan kuterus jua mendaki, Jika ia di hujung dunia, Kerna Islam kuterus berjuang,"