Islam Versi Authoritarianisme

1:02:00 PG

Oleh: Ustaz Mazlee Malik

Baru-baru ini saya sempat berbicara dengan beberapa siswa pra-siswazah dari Timur Tengah. Mereka membawa satu persoalan yang mempunyai nada yang seirama tetapi tidak sama. Iaitu masalah khilaf di kalangan pendokong gerakan Islam.

Seorang mengadu bahawa kewujudan kumpulan yang beliau anggotai tidak diiktiraf oleh kumpulan lain yang lebih besar dan lebih dominan. Walaupun kedua-dua kumpulan, dan beberapa kumpulan lain turut membawa visi dan misi yang sama, namun ianya tidak diterima oleh kumpulan besar tersebut. Bagi kumpulan yang besar itu, mereka ibarat Khilafah, jamaah yang utama,wajib ditaati, dan barangsiapa yang tidak bersetuju dan tidak bersama mereka, golongan itu adalah pelaku maksiat dan terkeluar dari jamaah kaum Muslimin.

Pemikiran pra-sejarah yang purba ini masih hidup lagi rupanya. Saya menduga pemikiran primitif ini sudah terhapus sepertimana pemikiran feudal Eropah telah terhumban jauh dari kotak pemikiran warga Europa selepas Revolusi Peranchis, ataupun lagak pemikiran gereja-istana versi Constantine yang telah menemui ajalnya lewat Westphalia Treaty 1648.

Inilah hakikatnya, ada kumpulan yang masih menggunakan kaedah 'under siege' mentality untuk merekrut ahli-ahli mereka. Mereka mewujudkan paranoia demi memberikan ketakutan kepada awam agar mencari perlindungan di dalam kepompong mereka. Seumpama pertubuhan-pertubuhan masionic yang lain. Lagak Gestapo di zaman Nazisme...

Lebih malang, apabila pentafsiran satu hala dan pentafsiran dalil menurut kefahaman sesetengah individu dijadikan pendapatmuktamad dan lebih qat'iyy dari pentafsiran para ulama terdahulu dan ulama tersohor antarabangsa. Kesemuanya di atas nama Asabiyyah kumpulan...

Yang seorang lagi pula mengadu hal yang lebih kompleks. Kumpulan kecil yang dianggotainya pula terpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil. Isunya kecil sahaja, kewujudan sekumpulan golongan agama yang ingin berkuasa di dalam kumpulan tersebut, tetapi terhalang dek golongan profesional dan golongan agama yang lebih senior. Maka golongan agama yang tersingkir itu mewujudkan kumpulan yang didakwa lebih hebat, lebih faham Islam dan manhaj bergerak berbanding semua manusia lain di dalam kumpulan kecil itu.

Yang menjadi mangsa ialah para rekrut yang diracuni pemikirannya agar menuruti kumpulan yang kononnya palaing benar dan paling tahu mengenai Islam yang sebenar...

Wallahua'lam, apakah nasib umat ini. Melihat kepada kedua-dua insiden berkenaan, saya teringatkan kepada penulisan Fukuyama, 'State-Building': Governance and World Order in the 21st Century.

Beliau membicarakan isu peranan 'state' di dalam kerangka mengkritik kegagalan agenda 'good governance' versi World Bank dan institutsi antarabangsa lain yang berusaha meminimakan peranan state. Beliau mengutarakan stronger state institutions sebagai penawarnya. Agak menarik, apabila beliau bersetuju dengan 'authoritarian' leaders with quality for certain states, berbanding ide Amartya Sen (1999) yang menyapu secara pukal keboborokan sistem authoritarian.

Apa kaitannya dengan kedua-dua isu tadi? Isunya ialah, di kalangan pendokong (bukan kepimpinan) gerakan Islam, isu peranan state bukanlah isunya. Mereka lebih mirip kepada fahaman golongan kiri yang lebih mempromosikan 'Larger interference of state' hatta di dalam hal peribadi rakyat. Lebih malang, negara yang mereka impikan itu akan lebih diktator dan akan menafikan suara rakyat. Hak rakyat untuk berbeza pendapat akan dinafikan. Hak rakyat untuk mengkritik pemimpin akan diharamkan di atas nama Islam. Lebih malang lagi, kuasa state akan menjadi begitu tiada batasan...seumpama kuasa Stalinisme. Mungkin novel 1984 karya Orwell akan menjadi kenyataan jika kumpulan-kumpulan ini berkuasa! 

Apakah igauan ini akan berlaku?

Mungkin juga, jika mereka tidak keluar dari kepompong pemikiran primitif yang memburukkan wajah Islam itu!

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”