Seorang Wanita India

12:39:00 PG

Gambar hiasan

“16E, 16E, 16E..” mulut terkumat kamit menghafal nombor tempat duduk dalam pesawat.

Seperti biasa, saya jarang bertanya pada pramugara/i di mana tempat duduk saya. Entahlah, mungkin benar apa yang disebut dalam buku “Mars Vs Venus” bahawa lelaki lebih suka eksplorasi sendiri daripada bertanya. Sedangkan, pepatah Melayu menyebut, “malu bertanya, sesat jalan”.

Sampailah ke tempat duduk saya, 16E.

Saya ditempatkan ditengah-tengah, disebelah kiri, wanita India berusia 60-an dan di kanan saya, lelaki Cina, dalam lingkungan 40-an.

Kebetulan semasa mula memasuki pesawat, saya mengambil akhbar Berita Harian. Saja mahu membelek-belek keadaan di tanah air melalui media pro-kerajaan. Ketika itu, isu Mat Sabu dan sejarah Malaysia masih lagi ‘panas’. Membelek-belek, sebentar saja dah tamat. Tiada apa yang menarik.

Tiba-tiba wanita sebelah kiri menyapa, “you are Malay?”.

Saya mengangguk.

Agak pelik, takkan wanita India ni tak tahu saya berbangsa Melayu? Ke dia sangkakan saya rakyat Indonesia?

Selepas beberapa ketika, wanita itu tiba-tiba menunjukkan alamat pada picisan kertas dan bertanya pada saya dimanakah tempat tersebut.

“You know this place? Ku...kunin..kunin-gan.. Er, how to spell it?”

“Err, it’s Kuningan, at the Jakarta Centre,” tunggang terbalik saya mencari ayat-ayat untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Baru sedar, tiga tahun di Indonesia ni menyebabkan bahasa Inggeris saya semakin teruk. Lama tak digunakan.

Tempat yang hendak ditujunya adalah Kedutaan India di Kuningan, Jakarta Pusat. Kuningan merupakan tempat yang menempatkan kedutaan-kedutaan asing dari pelbagai negara, termasuk Malaysia.

Barulah saya sedar, wanita yang sudah berusia ini adalah warganegara India.

“Are you go to Indonesia for work?” Saya bertanya dengan ‘broken english’, sekadar cuba untuk berbual dengannya.

"No, I'm going to find my son. He works in Indonesia. But he didn't contact us for a very long time. I didn't hear anything from him at all. How could a son do this to the family? So I'm coming to look around and find my son." Panjang ceritanya.

Saya hanya mengangguk dan mendengar.

"So, first of all i need to know where the Indian Embassy in order to renew my visa," sambungnya lagi.

Masa tu, lain sangat perasaan dalam hati ini. Seorang ibu, sudahpun lanjut usia, sanggup datang berseorangan, semata-mata hanya untuk cari anaknya? Semangat wanita India ni sangat hebat! Mungkin inilah kasih seorang ibu. Anaknya adalah dunianya. Tapi, bagaimana kasih anak pada ibunya? Wallahu ‘alam.

Kita tak dapat menilai kasih seorang ibu. Ianya sangat kuat dan erat!

Perbualan kami teruskan seperti biasa. Beliau menanyakan kenapa saya ke Indonesia, kenapa belajar di Indonesia, dan lain-lain.

Sebelum beredar, wanita ini menghulurkan tangan. Saya agak kaku. Hukum fiqh bersentuhan dengan wanita bukan mahram, dalam perbahasan mengenai wanita lanjut usia (yang sudah tiada nafsu) terbuai diingatan. Wallahu ‘alam, saya kurang arif, hanya sedikit yang saya tahu.

Saya menyambut, dan beliau mengatakan “good luck, Ahmad!”

Jadi, walau sekadar perjalanan 2 jam dari Kuala Lumpur ke Jakarta, banyak pengajaran yang saya pelajar. Allahu Allah.

Ingat, sayangilah ibu anda!

Ibu dan bapa mampu menjaga dan membesarkan 10 orang anak, tapi adakah anak yang 10 ini mampu menjaga mereka ini?

Bagi yang belum bernikah, tunaikanlah kasih sayang dan perhatian pada ibu bapa sebaiknya. Jangan sibuk cepat nak bernikah, sebab bila dah nikah nanti, satu lagi tanggungjawab terpikul. Bimbang-bimbang, tanggungjawab pada ibu bapa ini pula terabaikan.


------------------
[1] Seperti yang saya maklumkan, English saya sangat teruk. Jadi, dialog yang dituturkan oleh wanita itu saya yang reka dengan 'kemampuan' grammar saya sendiri. Pahamkan? Ke tak paham? Huhu.

[2] Ini kisah tiga minggu lepas, baru nak 'tertulis'.

[3] Selamat datang Zulkaedah!

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”