Catat-catat

10:59:00 PTG

Bajaj di Jakarta: Gambar semasa awal menjejak kaki ke Bumi Jawa
Cuba mencatat perihal bumi Jawa. Kalau dilihat pada kategori entri yang saya tulis, terdapat satu yang saya kategorikan sebagai 'Catatan Bumi Jawa'.

"Bumi Jawa ni best sebenarnya!" kadang-kala sengaja gunakan ayat ni, untuk sedapkan hati.

Bila lihat di facebook, rakan-rakan di negara lain sering siarkan permandangan menarik di negara mereka belajar. Terutamanya, yang belajar di negara 4 musim. Sangat indah dan cantik. Jika musim luruh, dapat lihat dedaun gugur menutupi jalan. Jika musim bunga, suasana permandangan bunga-bunga yang berwarna-warni, sangat menenang jiwa. Musim salji pula, mereka bermain papan luncur salji (snow-boarding), membuat boneka salji dan pelbagai lagi. 

Pastinya kita akan cemburu bukan?

Tapi di bumi Jawa ini, apa yang kita nak kongsikan?

Sebenarnya banyak sangat yang menarik di sini. Cuma dari sudut pandang kita yang membuatkan sesuatu benda itu menarik ataupun tidak. Jadilah kita umpama benih yang kuat, biarpun dicampak di mana sekalipun, tetap dapat tumbuh dengan subur dan memberi manfaat pada orang lain.

Kisah bajaj, bas umpama tin besi buruk, sistem ojek, tikus yang berkeliaran, demonstrasi, banci keliling yang meminta duit, macetnya jalan dan banyak lagi. Biarpun ianya kadang-kadang kita rasakan umpada terkebelakang. Namun, itulah bumi Jawa ini. Itulah pengalaman kita. Pengalaman bukanlah hanya sesuatu yang indah. Adakala, pengalaman pahit itu lebih lunak untuk dikenang dan diceritakan dimasa depan.

Jadi, hargailah masa kita disini. Kutiplah sebanyak mana manfaat, dan sebarkan manfaat kita pada orang lain.

Agar diri kita, menjadi insan yang berguna.

Insha Allah.

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”