Maksud 28 Oktober?

10:35:00 PTG

[Gambar] Muzium Sumpah Pemuda: Merupakan Gedung (bangunan)
tempat berlangsungnya Sumpah Pemuda.


Di Indonesia, 28 Oktober merupakan hari Sumpah Pemuda. Ia merupakan ulang tahun memperingati Sumpah Pemuda yang diadakan pada 28 Oktober 1928.

Apakah yang dimaksudkan dengan Sumpah Pemuda?

Secara ringkas, Sumpah Pemuda merupakan hasil daripada Kongres Pemuda Indonesia yang dianjurkan oleh Perhimpunan Pelajar Pelajar Indonesia (PPPI). Pada masa itulah tercetusnya Sumpah Pemuda ini. Ianya juga menandakan wujudkannya Bangsa Indonesia.

Antara intipati Sumpah Pemuda adalah;

Sumpah Pemuda versi original (ejaan lama) 

Pertama Kami poetera dan poeteri Indonesia, mengakoe bertoempah darah jang satoe, tanah Indonesia.
Kedoea Kami poetera dan poeteri Indonesia, mengakoe berbangsa jang satoe, bangsa Indonesia.
Ketiga Kami poetera dan poeteri Indonesia, mendjoendjoeng bahasa persatoean, bahasa Indonesia.

Sumpah Pemuda versi ejaan baru

Pertama Kami putra dan putri Indonesia, mengaku bertumpah darah yang satu, tanah air Indonesia.
Kedua Kami putra dan putri Indonesia, mengaku berbangsa yang satu, bangsa Indonesia.
Ketiga Kami putra dan putri Indonesia, menjunjung bahasa persatuan, bahasa Indonesia.

Namun secara jujur, ianya kini hanyalah tinggal sejarah. Anak-anak muda Indonesia kini, jika ditanyakan mengenai Sumpah Pemuda, belum tentu mampu menyebut tiga rangkap di atas. Ini hasil penilaian saya melalui temu-bual yang disiarkan di Televisi tempatan tempoh hari.

Mungkin agak 'pelik', kerana dalam kondisi masyarakat Indonesia yang begitu bersemangat dengan semangat Indonesia Raya, namun masih ada juga yang kurang akan hal ini. Di Malaysia, kondisinya mungkin tidak kurang berbeza. Ramai anak muda lupa dengan Rukun Negara, bahkan Negaraku pun bukan semuanya masih ingat.

Masih perlukan Nasionalisme?


-------------------------
[1] Teringat ada Ustaz (atau fasi, saya lupa) sebut, bila dibuat survey secara rawak, ramai pelajar sekolah menengah yang tidak tahu membaca Surah al-Fatihah. Mungkin gejala ini lebih parah daripada tidak tahu Rukun Negara.


You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”