Hidup 3

11:34:00 PTG

Peta Minda Hidup


Mungkin ada yang pernah lihat persoalan-persoalan di atas. Ianya hal basic dalam kehidupan. Hal dasar. Kerana itu, bukanlah sukar untuk difahami. Tiga persoalan utama kehidupan.

Sebelum menjurus kepada persoalan pada gambar diatas, saya ambil satu analogi- berkaitan alat elektronik.

Mungkin hal ini telah saya sebut dalam artikel bertajuk, Generasi Al-Quran Yang Unik.

Bila membeli alat elektronik, kita diberi kelengkapan- kotak, buku manual, alat elektronik tersebut dan eksesorisnya. Sebagai contoh, membeli telefon bimbit Blackberry. Dikotak alat tersebut pastinya tertera, diproduksi dari mana. Selesai persoalan pertama. Soalan kedua, buat apa orang mereka-cipta Blackberry berkenaan? Pastinyalah tercatat dalam buku manual dan anda yang membeli telah mengkaji apa kelebihan Blackberry berkenaan. Selesai soalan kedua. Seterusnya, dah tak pakai nanti nak buat apa? Kalau telefon bimbit, mudahnya, samada jual, simpan atau buang. Itu sahaja.

Ianya mudah bagi telefon bimbit.

Untuk persoalan itu diajukan kepada kita?

Sebenarnya, kacang je pertanyaan atas tu. Semua orang TAHU.

Tapi, dalam silibus Usrah, tak kisah la usrah mana sekalipun (baca: tarbiyyah), soalan tiga ini juga yang mula-mula diberi tahu. Tak ke bosan?

Memang ramai manusia yang tahu, tapi tujuan usrah adalah membangkitkan dari TAHU menjadi MAHU.

Jadi persoalan asas tersebut hanyalah refreshment, melihat kembali ke-TAHU-an kita tersebut, lantas apa yang kita dapat dan kita sampai melalui TAHU tersebut.

Bangkitlah dan sedarlah sahabat.

Saidina Ali pernah berkata: “Manusia tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga daripada tidurnya. Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur dia akan terkejut bila kematian datang secara mendadak.”


---------
[1] Catatan tiada isi dan anti-klimaks. Maaf.

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”