Jumaat, 18 November 2011

OSCE-ku

Antara buku-buku Skill-lab yang perlu dibuka kembali.

Dalam masa 2 minggu lagi, bakal menjalani ujian OSCE.

Selalu je sebut OSCE ni, tapi tak tahu maksudnya.

Kalau ikut Wikipedia, maksudnya- Objective Structured Clinical Examination.

Gambaran bagi ujian ini, kami akan diuji skill yang telah dipelajari selama 3 tahun lebih setengah ini. Sebagai contoh, cara anamnesis (wawancara pesakit), memasang infus, membalut luka, menyuntik pesakit dan sebagainya. 

Kata dosen (maksud: pensyarah), ada 12 stesen. Stesen tu, untuk mudah- bermaksud checkpoint. Di situ akan diberi kasus (cases), lalu kami diminta untuk melakukan anamnesis, pemeriksaan dan sebagainya.

Dan, paling saya kurang suka adalah, kami perlu juga menyatakan diagnosis kerja (working diagnosis)- iaitu penyakit yang kami suspek terkena pesakit tersebut; dan juga, perlu menulis resep (preskripsi ubat) serta rujukan pesakit seterusnya (contoh: rujuk kepada Doktor Pakar berkaitan penyakit).

Ujian hanya berlangsung satu hari.

Tapi...

Kata-kata salah seorang pensyarah kami kelmarin, "kalau kamu belajar mulai sekarangpun belum tentu bisa lulus.."

Tak apalah. Lulus atau tidak, kita serahkan pada Allah. Yang penting, belajar.

Doakan kami dipermudahkan untuk menjawab ujian nanti yer.

Rabbi yassir wa la tu'assir.


0 maklum balas:

 
"Perjuangan hidupku, Hanya memburu cita yang satu, Dan kebahagiaan, Akan kuburu walau di mana, Walaupun sengsara, Putus asa tiada sekali, Kerna ia adalah, Keredhaan dari Tuhanku, Jikalah Islam di puncak tinggi, Akan kuterus jua mendaki, Jika ia di hujung dunia, Kerna Islam kuterus berjuang,"