Pasca Ujian, Pra Idul Adha

11:23:00 PTG

Esok, tanggal 10 Dzulhijjah, umat Islam mula merayakan Hari Raya Idul Adha.

Dalam Islam, hanya ada dua perayaan yang menjadi syiar untuk dirayakan, yakni, Hari Raya Idul Fitri dan Hari Raya Idul Adha. Selain dari itu, hanyalah majlis-majlis peringatan yang di sambut atas ijtihad Ulama'.

Jika di Malaysia, sebutan baku bagi perayaan ini adalah Aidil Adha, sedangkan di sini, sebutan bakunya adalah Idul Fitri. Di Barat pula, Eid-ul-adha. Tidak kisahlah yang mana satupun. 

Insha Allah, esok saya akan Solat Idul adha di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia. Agak keliru untuk memilih, samada mahu rayakan di Masjid Nurul Hikmah (berdekatan dengan rumah) ataupun di Kedutaan. Jika dua tahun pertama, saya memilih untuk merayakan di Masjid Nurul Hikmah. Sebabnya, pada tahun pertama, saya diamanahkan sebagai panatia menguruskan urusan qurban. 

Pada tahun lepas, saya merayakan di Kedutaan, alasannya kerana ketika itu masih lagi memegang amanah dalam persatuan.Tahun ini, saya memilih antara dua, atas rasional, 

"mana satu yang bermanfaat pada diri, dan dapat memberi manfaat pada orang lain.."

Berada di Bumi Jawa ini, saya pasakkan pada diri untuk mengutip pengalaman sebanyaknya. Sebelum ini, jarang diberi kesempatan untuk menguruskan daging qurban, melapah bahkan untuk menyembelipun boleh di sini. Cuma, belum mampu dan yakin untuk sembelih lagi. Kalau setakat ayam tu boleh la. :)

Beza Idul Adha di sini dan di Malaysia?

Antara perbezaannya adalah, masyarakat di sini lebih memilih untuk solat sunat Aidil Adha di lapangan, berbanding di Masjid. Mereka benar-benar ingin mematuhi sunnah Nabi saw.

Bagi pilihan haiwan qurban pula, masyarakat disini lebih memilih kambing berbanding lembu. Kerana itu, kadang-kadang, disuatu tempat, terdapat 30 ekor kambing, tapi hanya 2-3 ekor lembu untuk di-qurbankan. Semasa pembahagian daging pula, masyarakat khususnya golongan miskin akan beratur panjang untuk mendapatkan daging qurban. Kadang-kala sampai boleh berlaku pergaduhan dan ada yang pengsan kerana berebut ingin mendapatkannya.

Asah parang, asah iman.

Selamat Hari Raya Idul Adha 1432H!

Allahu Akbar!

-------------
[1] Doakan saya dikurniakan kesihatan tubuh badan. Demam-demam masa nak raya ni tak best betul. Huhu. Tapi, moga menjadi kafarah penghapus dosa.

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”