Jumaat, 30 Disember 2011

PERMAI 2011

Alhamdulillah, PERMAI 2011 selesai juga akhirnya! Suatu kegembiraan dan kepuasaan buat kami. Setelah hampir setahun merancang, pelbagai cabaran dihadapi, dapat juga diselesaikan dengan jayanya (insha Allah).

Saya belum berkesempatan untuk menulis panjang mengenai sebalik tabir PERMAI.

Izinkan untuk saya salin-tampal tulisan Ustaz Hasrizal berkaitan PERMAI 2011 dari laman blognya.


---------------------------------------------------





Alhamdulillah. PERMAI 2011 sudah melabuhkan tirainya.

Kali ini Jakarta menjadi tuan rumah kepada persidangan ketiga mahasiswa Islam Malaysia seluruh Indonesia selepas Jogjakarta (2009) dan Bandung (2010).

Saya sekali lagi diberikan kepercayaan mengendalikan pengisian program selama 3 hari 2 malam ini selepas 7 Habits pada 2009 dan Mengertikan Kembali Islam dan Muslim pada 2010. PERMAI 2011 tampil dengan tema “Sebuah Baitul Muslim Buat Ummah: Begin with the End in Mind”. “Wajarkah tajuk ini?” ada yang bertanya.

“Cinta?” sinis sebahagian pula.

“Bukankah Baitul Muslim mesti didahului pembentukan Sahsiah Muslim? Mengapa melangkah keutamaan?” ada juga yang menyoal begitu.

Hakikatnya, Baitul Muslim dan Individu Muslim tidak boleh dipisah. Individu Muslim adalah untuk membentuk Baitul Muslim dan Baitul Muslim adalah untuk melahirkan Individu Muslim.

Seperti kata John F. Kennedy, “The time to repair the roof is when the sun is shining!”

Masa untuk memperbaiki bumbung ialah ketika mentari masih bersinar. Malah belajar membuat bumbung perlu mendahulu perbuatan membina dan memperbaikinya. Elok benarlah di usia ini, dan tatkala PERMAI menjengah usianya yang ketiga, tema Baitul Muslim dipilih.

Di awal program, ada banyak video dan petikan kata yang indah. 

“So sweeet!” tagline PERMAI kali ini.

Saya berusaha untuk membentangkan topik Baitul Muslim seluas mungkin.

3600.

Berikut adalah isi-isi perbahasan utama yang telah disentuh sepanjang tiga slot yang diberikan kepada saya: 

SENARIO TOPIK 

  • MEMENUHI FITRAH 
  • MENYEMPURNAKAN 
  • SEPARUH AGAMA 
  • TENAGA TIDAK BOLEH DIMUSNAHKAN 
  • MENGEMBANGKAN TAMADUN MANUSIA 
  • INDIVIDU MUSLIM – KELUARGA MUSLIM – INDIVIDU MUSLIM 
  • KUASA ‘CINTA’ 
  • MOTIVASI PERBUATAN 
  • ALAT MELATIH IKUT ARAHAN 
  • KUASA MEMAAFKAN 
  • EMPATI DAN HIKMAH DAKWAH 


ACUAN ALLAH 

  • SYARIATULLAH: HUKUM HAKAM ‘AGAMA’ 
  • SUNNATULLAH: 
  • HARD SCIENCE 
  • KESIHATAN 
  • PEMAKANAN 
  • KEPERLUAN FIZIKAL 
  • SOFT SCIENCE 
  • KOMUNIKASI 
  • PSIKOLOGI 


PARADIGMA 

  • PEOPLE, PROCESS, PURPOSE 
  • CINTA P.I.E.S 
  • MENTERJEMAHKAN ASAS PERBUATAN MANUSIA 
  • KEPERCAYAAN 
  • PANDANGAN HIDUP 
  • SISTEM NILAI 
  • HAMBA – KEHAMBAAN – IBADAH 


ISU-ISU SEMASA 

  • KAHWIN SEMASA BELAJAR 
  • CARA MENDAPATKAN JODOH 
  • KAHWIN BERBEZA ‘FIKRAH’ 
  • ISU SEKUFU DI AWAL DAN SEPANJANG PERKAHWINAN 
  • BAGAIMANA ‘APPROACH’ IBU BAPA & BAKAL MERTUA 
  • PERANCANGAN KELUARGA 
  • MERTUA VS MENANTU 
  • SEKSUALITI LURUS & SONGSANG 
  • IMPLIKASI TEKNOLOGI (DIGITAL VS ANALOG) 
  • KEIBUBAPAAN 
  • BERLATAR BELAKANGKAN KELUARGA BAIK VS BERMASALAH 
  • TEKANAN KERJA 
  • FITNAH DI TEMPAT KERJA 
  • PERKAHWINAN JARAK JAUH 


PERMAI 2011 turut diserikan dengan kehadiran Al-Fadhil Al-Ustaz Mohd Erfino Johari daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Beliau mengendalikan sebuah slot, dan menyampaikan ucapan penutup yang penuh berisi. Malah, sebagai senior dan sahabat lama yang sama-sama bernasyid di dalam Usrah al-Firdaus semasa di Jordan dahulu, kami bersetuju untuk berduet mengalunkan nasyid “Keluarga Bahagia” sebagai buah tangan kenangan buat peserta yang hadir daripada lokaliti sejauh Medan di Sumatera, Makassar di Sulawesi juga Malaysia.

Saya juga terasa amat bertuah mendapat peluang ditemukan dengan seorang penceramah muda popular di Indonesia iaitu al-Fadhil Al-Ustaz Salim A. Fillah yang saya kenali melalui bukunya SAKSIKAN BAHWA AKU MUSLIM.

Beliau menyampaikan ceramah bertajuk DALAM DEKAPAN UKHWAH yang juga merupakan tajuk salah sebuah buku beliau.

Al-Fadhil Ustaz bermurah hati menghadiahkan saya senaskhah bukunya yang amat lazat dibaca, penuh berkhasiat.

Kesimpulan berat hasil wacana 3 hari 2 malam di Taman Wiladatika Cibubur itu, bukanlah pada memilih antara kahwin semasa belajar atau kahwin selepas belajar yang lebih baik. Sebaliknya, apa sahaja keputusan yang dibuat, semuanya hasil mempertimbangkan isu Baitul Muslim bukan lagi secara reaktif kerana tertekan dengan ‘trend’ rakan, bukan lagi dengan idea-idea terbang di awan, tetapi secara berpijak di bumi yang nyata.



Terima kasih kepada Urusetia PERMAI 2011 Jakarta yang diketuai oleh Doktor Ahmad Farid Asyraf Ramli.

Terima kasih kepada Dr. Asydad Azaharrudin dan ahli rumah di Tanjung Duren kerana sudi menumpangkan saya dan Pengurus Operasi STC, saudara Zainal Lutfi.

Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat Urusetia PERMAI 2010 yang begitu sentimental dengan baju tahun lepas mereka.

Terima kasih kepada Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Perbadanan Nasional Berhad (PNB) dan semua pihak yang menyokong secara moral dan kewangan bagi menjayakan program ini.

Terima kasih yang teristimewa buat isteri tercinta di rumah yang bermujahadah melepaskan pemergian suaminya, tinggal di rumah bersama empat cahaya mata yang turut menambah rindu dendam. Yang ditinggal memang derita. Namun yang pergi tak kurang peritnya.

Syukur, terima kasih kepada urusetia kerana menyiarkan PERMAI 2011 secara langsung melalui streaming atas talian.

SESUNGGUHNYA… 

Rumahtangga ialah sebuah projek yang mesti dibentuk dengan pemikiran seorang ‘budak’ berusia 26 tahun, tetapi perlu betul dan valid hingga ke usia 62 tahun, dan seterusnya…

Ia bukan mainan.

Ia bukan cuba-cubaan.

Ia projek besar.

Projek ke Syurga, atau ke Neraka.

Namun perkahwinan tetap sebuah perkahwinan.

Ia, ‘so sweeettt!’

Khamis, 22 Disember 2011

Dua Hari

Gambar arwah atuk (kanan) sedang bersilat. Di ambil dari buku terbitan DBP.

Maaf entri sebelum ini yang agak ekspresif. Jarang saya menulis dengan gaya terlalu ekspresif. 

Cucu pendekar mana boleh emosi sangat, kena cool je! :)

Hari ini, ulang alik dari Kementerian Pendidikan Nasional (KEMDIKNAS) dan FK Trisakti. Bermula dari jam 7.30 pagi sampailah jam 3.00 petang. Alhamdulillah selesai.

Komiti PERMAI kami bahagikan kepada 4 kumpulan yang bergerak untuk menyelesaikan hal yang sangat kami risaukan semalam. Antara ada PERMAI ataupun dibatalkan. Menakutkan.

Insha Allah esok akan selesaikan, cuma sikit je lagi untuk diselesaikan. Sangat-sangat berdoa semoga esok dipermudahkan.

Sebahagian Komiti PERMAI akan bertolak ke tempat PERMAI dijalankan esok petang. Ada beberapa perkara yang perlu kami lakukan lebih awal.

Dua orang ustaz yang akan mengisi PERMAI kali ini telahpun hadir.

"Ya Allah, permudahkanlah, jangan Engkau sukarkan."




Rabu, 21 Disember 2011

Tidak Tenteram

Negeri ini


Malam ini, hati sangat gundah.
Memikirkan hari esok.

Puas sang hati cuba, menenggelamkan pesimis.
Tapi, umpama menenggelamkan bola ke dasar air.
Lama-lama tujahan pesimis menerpa dengan lebih kuat lagi.

Sedangkan, ujian ini bukanlah sebesar-besar ujian.
Aku tahu, lebih ramai lagi yang diuji dengan ujian yang maha berat.

Allah hadirkan ujian ini buat aku belajar.
Belajar erti sabar.
Belajar erti optimis.
Belajar erti berbaik sangka dengan Allah.
Belajar erti doa itu senjata.
Banyak yang aku boleh pelajari.

Cuma, realitinya, esok umpama medan tempur.
Tiada kata lain, untuk mara.
Berundur tak mungkin sekali.

Puas mencari teman curhat.
Belum dilafaz dengan kata, ramai teman menghulurkan tangan.
Mungkin riak wajah aku yang kelam.

Haih, belajarlah wahai diri.

Aku sedang tidak tenteram.

Kata sahabat,

"Curhat kepada Allah akh..
Dia bagi ujian,
dan Dia bagi jawapannya.."

Hanya mampu tersenyum.
:)



----------
[1] Tidak berhajat untuk membuat puisi, sajak, pantun dan yang sewaktunya. Ini curhat tanpa nada.

[2] Anda yang membaca, tolong doakan eh! Semoga Allah membalas kalian dengan sebaik-baik kebaikan.

Budak Agama

Suatu ketika, sedang menonton pertandingan futsal, seorang pelajar junior menyapa dengan soalan.

"Eh, bukan diorang budak agama ke? Kenapa tak tutup aurat pula?" Tanya junior tadi.

Soalan yang sama pernah aku tanyakan dahulu.

Aku hanya mampu tersenyum. Dan berharap, sahabat-sahabat aku bukan sekadar belajar Quran dan hadith secara formal. Tetapi, turut mempraktekkannya. Mereka lebih tahu.

Berbanding aku, pelajar perubatan, yang penuh dengan kejahilan. Hanya mampu belajar 'sekerat-sekerat'.

Moga Allah kurniakan kita hidayah dan tetap tsabat dijalan-Nya.

Isnin, 19 Disember 2011

Tulisan

Gambar hiasan

Kata kawan, "blog ni banyak tulisan.."

Tak ramai suka membaca

Dan, aku lambat untuk menulis

Moga tidak menjadi- pembaziran tulisan.

Belajar

Jika lihat pada ruangan arkib disebelah kanan, catatan per tahun yang paling banyak- 2009.

Jadi, untuk memenuhi tuntutan, perlu lebih baik, catatan perlulah lebih baik dari tahun tersebut. Cuma bukan sekadar kuantiti, tetapi kualiti.

* * * * *

Tadi, menghadiri mesyuarat PERMAI 2011. Ia merupakan mesyuarat terakhir sebelum berlangsungnya PERMAI.

Apa yang saya sedari, banyak lagi kesilapan saya dalam pengurusan majlis. Terutamanya, mengawal dan menarik perhatian pendengar. Apabila dalam mesyuarat yang dihadiri kurang dari 10 orang, kita mudah untuk mengawal hadirin yang hadir. Kerana jika ada yang tidak faham, boleh langsung tanyakan satu persatu. Tetapi, apabila ramai, orang melihat dengan bermuka lesu dan tanpa respon, kita pula akan takut, "orang ni faham ke tak.."

Mungkin inilah yang dikatakan oleh Ustaz Hasrizal, cuba kita dalam keadaan menuntut ilmu, iaitu selalu mengikuti ceramah atau kuliah. Semakin hari, kita rasa kita 'seolah-olah' makin pandai. Bukan kerana bangga diri, tetapi kerana makin banyak ilmu baru yang kita dapat pelajari.

Tetapi, cuba kita pula mengajar orang lain. Bagaimana rasanya nanti?

Nanti, barulah kita sedar, bahawa banyak lagi yang kita tidak tahu. Mengambil ibrah dari situ; apabila saya melihat orang mempengerusikan majlis atau mesyuarat, saya banyak memberi kritikan (dalam hati). Tapi, saya kurang belajar dari kesilapan orang lain.

Jadi, belajarlah dari kesilapan.

Jumaat, 16 Disember 2011

Seminggu Lagi

C 1000, Bodrex dan Modul.

Penyakit itu kifarah dosa.

Hmm, dosa tu tak terlihatkan? Jadi kita seolah-olah tak terasa.

Moga-moga kita terhindar dari sikap tidak sensitif terhadap dosa. Kerana orang beriman itu, selemah-lemah imannya, membenci kemunkaran dalam hati. Jika tidak terasa dalam hati terhadap kemunkaran, perlu ditanya pada diri, di mana iman kita?

Isnin ini Insha Allah akan menjalani ujian HER Integrasi bagi Blok 29.

Ujian lagi.

Allahu Allah.

PERMAI akan berlangsung seminggu lagi.

Pesanan buat rakan-rakan, bertanya jika tidak tahu. Jangan membuat andaian; 'program oriented', 'tiada hadaf' dan pelbagai lagi. Bimbang-bimbang sikap itu yang membuat orang jauh dari Islam. Tidak layak untuk dipanggil du'at jika su'u zon terhadap saudara seagama masih tersemai subur dalam diri.
 
"Perjuangan hidupku, Hanya memburu cita yang satu, Dan kebahagiaan, Akan kuburu walau di mana, Walaupun sengsara, Putus asa tiada sekali, Kerna ia adalah, Keredhaan dari Tuhanku, Jikalah Islam di puncak tinggi, Akan kuterus jua mendaki, Jika ia di hujung dunia, Kerna Islam kuterus berjuang,"