Bulat-bulatan #01

6:52:00 PG

Gambar bulat-bulatan ketika tahun 2010


Di internet sekarang ini, banyak dapat kita lihat perubahan selebriti ke arah berkeperibadian Muslim yang sebenar. Ianya suatu perkembangan yang menarik! Bahkan menyuntik semangat dan harapan buat kita, bahawa Islam benar-benar akan tertegak kembali.

Salah satu contoh adalah Wardina Safiyyah.

Beliau mula dikenali ketika berlakon dalam sitkom Spanar jaya. Kini beliau berpakaian sesuai seorang muslimah bahkan mengikuti circle atau bulatan atau usrah.

Bagaimana proses daripada wanita yang sosial, mempunyai kerjaya sebagai pelakon dan model yang bergantung pada rupa dan penampilannya; namun kini berubah sebahagian besar?

Dalam peristiwa pengharaman arak, Allah SWT menurunkan perintah larangan secara berperingkat iaitu selama 3 tahun. Allah SWT tidak serta merta mengharamkan arak. Ini kerana kebiasaan orang Arab ketika itu adalah meminum arak.

Kerana apa ianya dilakukan berperingkat?

Salah satu pengajaran yang dapat diambil adalah proses perubahan diri ini berlaku secara berperingkat. Satu per-satu, setingkat demi setingkat. 

Semua orang ingin menjadi baik kan? :)

Jadi, kita perlu mula mendidik diri kita. Kita mulakan dengan amalan ringan dahulu, tapi yang paling penting- ISTIQAMAH! Ya, suatu amalan kualitinya bergantung kepada bagaimana kita dapat terus-menerus tetap melakukan amalan tersebut.

Tapi, bagaimana untuk terus istiqamah?

Pastinya susah untuk lakukan sutu amalan secara istiqamah. Jika waktu kita rajin dan semangat, memanglah mudah untuk dilakukan, tetapi jika dah hilang sikap rajin dan semangat tadi, nak buat apapun pastinya payah. Salah satu solusi untuk terus istiqamah adalah dengan mewujudkan suasana yang baik iaitu soleh/solehah!

Suasana tersebut dapat dibina dengan duduk bersama-sama.

Kita duduk bersama rakan-rakan, dalam sebuah bulatan, berkenal mesra, tegur sapa, nasihat menasihati dan saling belajar dan mengajar. Kita cuba untuk bina suasana yang baik; yang dapat membantu kita dalam proses memperbaiki diri. Supaya kita kenal, tujuan sebenar kita dijadikan oleh Allah SWT.

Begitulah yang berlaku pada selebriti Wardina tadi.

Cuma, suatu yang penting, janganlah kita merasa malu dan segan. Kebanyakan dari kita merasakan belum layak, tiada ilmu, rasa jahat dan tidak sesuai dengan 'geng' tersebut. Buang rasa malu, buang rasa-rasa negatif, dan cuba sedikit demi sedikit untuk bersama dalam circle. Jika tidak tahu, kita bertanya. Dan, yang ditanya belum tentu tahu akan jawapan kita tadi. Kerana itu, kita saling belajar sesama kita. Circle bukan untuk orang yang dah baik, tapi untuk orang yang MAHU menjadi baik.

Jika rasa susah nak faham tulisan saya ini, layan video Circle 'Dr Har' ini, yang mana ianya turut disertai oleh Wardina tadi.



Wardina, Irma Hasmi, Heliza Helmi, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, Prof Dr Muhaya Haji Muhamad dan ramai lagi dah ikut circle.

Anda bila lagi?

:)

You Might Also Like

0 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”