"Cantiknya mataaa...."

11:06:00 PTG

Gambar hiasan yang tiada kaitan langsung


Antara yang sering kita lihat di laman facebook jika memaparkan foto wanita ber-purdah adalah komen daripada 'jejaka-jejaka'. Banyak daripadanya adalah komen-komen yang agak memualkan.

"Cantiknya mata dia.." 
"Terpancar kesolehah di-mata awak.. Tengah merenung sapa tu?" 
"Ya Allah, kurniakanlah aku isteri seperti wanita solehah ini.."

Dan pelbagai lagi komen-komen yang memuji dengan gaya Islamik dan mendoakan agar mendapat pasangan yang seperti foto tersebut.

Saya melihat dengan dua sisi pandang.

Satu sisi, saya melihat hilangnya fungsi purdah tersebut. Antara fungsi purdah adalah sebagai 'pelindung diri' dari padangan lelaki yang bukan mahram- supaya tidak tergoda dengan wajah muslimat tersebut. Namun dengan purdah, lebih banyak yang tergoda?

Sisi yang kedua, menunjukkan bahawa sesuatu yang disimpan itu lebih berharga. Logiknya, kenapa dengan ribuan foto-foto wanita (terutama selebriti) yang berpakaian terdedah mudah didapat di laman maya ini; golongan-golongan jejaka ini masih mencari dan memuji wanita yang berpurdah? Sedangkan, mereka yang berpurdah belum kita tahu lagi rupanya. Samada berjerawat, cacat dan lain-lain.

Terbukti, tersembunyi itu lebih indah dan memikat. 

Daripada kedua-dua sisi tersebut, yang boleh dipelari adalah, elakkanlah menampilkan foto dengan bebas di laman maya ini. Jika wanita berpurdah itupun orang mampu tertarik, apa lagi yang berpakaian biasa-biasa saja.

Di Indonesia, purdah lebih dikenali dengan nama- cadar. Ianya agak asing bagi sebahagian besar kita. Kerana itu, jika seseorang muslimat memakainya dan beliau berasal dari keluarga yang tidak terbiasa dengan pakaian ini, pastinya akan menimbulkan konflik.

Teringat dalam suatu Majlis Ta'lim, Ustaz berpesan, jika seorang wanita memakai purdah dan berpegang pendapat ianya hanyalah sunnah; lalu menyebabkan pergaduhan (perselisihan pendapat) antara muslimat tersebut dengan keluarganya (contoh: ibu), adalah lebih baik tidak memakai purdah.

Akan tetapi, jika beliau memakainya dan berpegang pendapat ianya adalah wajib; lalu menyebabkan pergaduhan (perselisihan pendapat) antara muslimat tersebut dengan keluarganya, tidak mengapa memakainya, namun tetap perlu juga dipelihara hubungan dengan keluarga.

Menjadi solehah adalah proses pembelajaran hidup jangka panjang (life long learning process). Sehingga kadang-kadang pada satu tahap, ada yang terfikir untuk 'naik setahap' iaitu dengan memakai purdah.

Saya lebih bersetuju dengan pendapat Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi perihal wanita, khususnya pendakwah yang ingin berpurdah. Katanya,

“Saya berkeyakinan, zaman kita sekarang telah memberi wanita banyak peluang dan kesempatan yang mengharuskan kita untuk menyusun kembali pemikiran-pemikiran kita yang memudahkan wanita untuk membentuk keperibadiannya.”

 Beliau berkata lagi, “Di dalam kitab Al-Ijtihad fi Asy-Syariah al-Islamiyyah, saya menyebutkan, saya menganjurkan wanita yang bergerak dalam bidang dakwah hendaklah tidak mengenakan penutup wajah. Alasannya agar tidak menjadi penghalang komunikasi antara dirinya sebagai da’i dan masyarakat sebagai objek dakwah.” 

Akan tetapi, saya tetap menghormati muslimat yang berpurdah. Semoga mujahadah dengan jalan yang dipilih.

------------
[1] Sengaja meletakkan gambar yang tiada kaitan. Dah EMPAT jemputan walimah yang saya terima untuk bulan Februari ini. Dua daripadanya adalah sahabat yang yang seusia dengan saya. Hanya kata-kata, "cessssss....." yang mampu diungkap. 

[2] Cuaca tidak menentu, kesihatanpun tidak menentu.

You Might Also Like

4 maklum balas

Lama sangat tulis dalam kemaskini. Ape daa..

Fiqh Dakwah

1. Al-qudwah qabla dakwah
2. Ar-Ta’lif qabla ta’rif
3. At-ta’rif qabla taklif
4. At-tadarruj fi taklif
5. At-taisir la ta’sir
6. Al-Usul qabla furu’
7. At-targhib qabla tarhib
8. At-tafhim la al-talqin
9. At-tarbiyah la at-ta’riyah
10. Tilmizu imam la tilmiz kitab

Abdullah Nasih ‘Ulwan

“Usaha dan Jihad pemuda-pemuda merupakan suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan pemuda-pemuda Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi. Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan pemuda adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.”